Masalah air Kelantan berakhir 2030. Penduduk Kelantan yang
berdepan masalah bekalan air sejak berpuluh-puluh tahun diminta terus bersabar
kerana kerajaan negeri memberi jaminan isu berkenaan akan diselesaikan secara
berperingkat dalam tempoh dua tahun akan datang.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Air dan Pembangunan Luar
Bandar negeri, Datuk Dr Izani Husin menjelaskan beberapa projek utama bekalan air
yang sedang dilaksanakan dijangka memberi impak besar kepada rakyat bermula
tahun 2027 sebelum masalah itu disasarkan selesai sepenuhnya menjelang 2030.
Antara penyumbang penyelesaian masalah air di Kelantan ialah
projek Loji Rawatan Air (LRA) Chica 2 yang bernilai RM55 juta dijangka siap
sepenuhnya pada September 2026.
Manakala projek LRA Kelar dijangka mula beroperasi sekitar
Mac 2027 dan LRA Tok Bali pula siap pada 2028.
Menjelang 2030, kerajaan Kelantan berusaha meningkatkan
kuantiti dan kualiti bekalan air kepada rakyat.
Kerajaan Kelantan menyasarkan kapasiti pengeluaran air
mencecah 800 MLD menjelang 2030, berbanding keperluan penduduk sekitar 600 MLD
sehari.
Dalam masa sama, usaha mengurangkan kadar Air Tidak Berhasil
(NRW) turut dipergiat dengan sasaran menurunkan kadar itu daripada lebih 50
peratus ketika ini kepada 40 peratus menjelang 2030 melalui penggantian
kira-kira 150 hingga 200 kilometer paip setiap tahun.
Kehilangan air akibat kebocoran paip ketika ini melebihi 50
peratus menyebabkan sejumlah besar air terawat tidak sampai kepada pengguna.
Matlamat jangka panjang kerajaan Kelantan ialah memastikan
seluruh rakyat Kelantan menikmati bekalan air paip AKSB menjelang 2050, sekali
gus mengurangkan kebergantungan terhadap telaga tiub, sungai dan sumber air
persendirian lain.
.jpg)
.jpg)
No comments:
Post a Comment