Friday, 24 July 2026

MAJLIS KENDURI SEDIAKAN DURIAN

 
Majlis kenduri sediakan durian. Biasanya tuan rumah menyediakan buah-buahan seperti pisang, rambutan, limau dan jenis buahan yang kecil diletakkan di atas meja sebagai pencuci mulut selepas makan nasi.

Lain macam pula apabila tuan rumah menyediakan buah durian untuk tetamu. Kerana besar dan berduri, buah durian itu dilonggokkan di satu sudut untuk dipilih dan dikopek sendiri oleh tetamu. Kalau hendak bawa balik pun boleh.

Ini semua berlaku apabila jumlah durian terlampau banyak. Ketika musim durian gugur serentak dan banyak di sesuatu kawasan, harganya akan jatuh teruk. Harga durian kampung boleh jatuh bawah RM1 untuk sekilogram.

Ada pemilik durun yang tidak larat untuk mengutip buah durian yang gugur dan membiarkan membusuk di bawah pokok dan menjadi baja.

Keadaan ini terjadi terutama jenis durian kampung biasa yang kualiti isinya tidak elok dan sedap berbanding durian premium dan terkenal.

Ada pekebun yang mempelawa sesiapa yang berminat boleh pergi kutip sendiri di kebun. Itupun tidak banyak yang berminat kerana masing-masing sudah ada kebun sendiri.

No comments:

Post a Comment