Kilas tangan ke belakang. Ia perbuatan meletakkan tangan di
bahagian belakang badan.
Secara maksud tersirat ialah tidak turut serta dalam
aktiviti dan tugasan yang dilakukan oleh individu lain.
Sebab kilas tangan itu adalah banyak sebab. Mungkin kerana
dirasaskan tidak perlu untuk turut melakukan kerana ada lain telah lakukan dan
memadai dengan hanya dilakukan oleh sebahagian sahaja.
Sebab lain ialah mungkin dia tidak mempunyai kepakaran, kemahiran,
tenaga dan alasan lain yang munasabah.
Satu lagi sebab individu kilas tangan ialah kerana malas.
Tidak mahu menolong orang lain. Menganggap itu bukan tugasnya.
Biarlah orang lain yang buatkan dan macam-macam sikap
negatif lain, sedangkan orang lain amat mengharapkan bantuan dan tindakannya
membantu.
Jadilah orang yang ringan tangan suka membantu orang lain
biarpun tidak diminta melakukannya.
Tetapi, jangan ringan tangan melakukan perbuatan memukul
atau melempang orang lain.
Gambar sekadar hiasan.

No comments:
Post a Comment