Ketika kita sudah lupa seseorang. Berlaku pertemuan
yang akan mengingatkan kita bahawa pernah rapat dan sering bertemu dengan
seseorang pada waktu dahulu.
Ia kadang-kadang bukan setakat hubungan "berteman",
tetapi hubungan persaudaraan atau pertalian darah.
Namun, disebabkan kita terlalu sibuk mencari teman baharu atau
berhubungan dengan yang baharu, kita menjadi lupa yang lama.
Bukan kerana benci atau bergaduh, tetapi perkara itu berlaku
dengan "semula jadi". Keadaan dan masa menjadikan kita tidak berasa
penting untuk kembali kepada kenangan lalu.
Gambar - Bertemu semula dengan Kie (tengah) yang
rasanya telah hilang dalam ingatan kira-kira lebih 30 tahun. Bertemu ketika dia datang ziarah jenazah nenek tirinya.

No comments:
Post a Comment