Kenapa dipanggil lada cengek. Dalam loghat Kelantan, lada cengek
adalah merujuk kepada cili padi atau cili burung.
Dinamakan laga cengek kerana ketika makan lada tersebut akan
terangkat atau terjungkit mulut atau bibir menahan rasa pedas. Cengek adalah
dialek Kelantan yang bermaksud ‘ternaik’
Biarpun kecil tetapi kepedasan lada cengek memang tinggi. Lada cengek adalah
jenis lada kecil. Ia ada banyak jenis. Yang paling pedas adalah lada cengek
kampung.
Buahnya lada cengek kampung paling kecil jika berbanding
buah lada cengek yang lain. Kalau tergigit sebiji lada cengek memang boleh
terangkatlah. Boleh keluar air mata menahan pedasnya.
Biarpun padas, masih banyak orang gemarkan lada cengek.
Kalau tiada lada cengek, tidak lalu makan jadinya. Boleh dikatakan mesti ada
setiap kali makan nasi.
Begitu pun, biarpun lada cengek dianggap pedas, namun ia
belum cukup pedas berbanding cili-cili lain yang lebih pedas.
Kepedasan cili diukur dengan unit SHU (Scoville Heat Units).
Cili paling pedas di dunia mengikut rekod rasmi Guinness
World Records ialah cili X dengan purata bacaan 2,693,000 SHU.
Cili paling pedas di Malaysia dan rantau
Asia Tenggara ialah cili goronong dari Sarawak iaitu 200,000 hingga
350,000 SHU.
Manakala lada cengek yang dianggap pedas berbanding cili
lain ialah 50,000 hingga 100,000 SHU (atau sehingga 225,000 SHU bergantung pada
varieti)
Dengan kata lain lada cengek kadar kepedasannya hanya 25
peratus berbanding cili goronong dan hanya kira-kira dua peratus berbanding cili
X.
Jadi, sesiapa tidak tahan dengan kepedasan lada cengek,
jangan cuba-cuba makan cili X yang lebih 50 kali ganda kepedasannya atau cili
goronong yang empat kali ganda lebih pedas.

No comments:
Post a Comment