Buah Kebangsaan Malaysia. Belum ada pengiystiharan mana-mana
jenis buah sebagai buah kebangsaan.
Begitu pun, banyak pihak mendakwa bahawa buah betik telah
dinamakan sebagai buah kebangsaan Malaysia kerana keunikannya yang yang
dimiliki melambangkan identiti iklim tropika negara.
Betik tidak seperti buah-buahan bermusim yang lain, kerana
buah ini mempunyai kelebihan kerana mudah didapati sepanjang tahun telah
menjadikannya simbol kestabilan sumber makanan yang sentiasa tersedia untuk
rakyat.
Kononnya, pemilihan ini mencerminkan kepelbagaian Malaysia
yang kaya dan kesesuaian tanah air dalam menyokong sektor pertanian buah-buahan
tempatan.
Tidak dinafikan, dari sudut ekonomi dan inovasi, betik
membuktikan kehebatan Malaysia di persada antarabangsa melalui penghasilan
varieti Betik Eksotika oleh MARDI.
Betik Eksotika ialah varieti buah betik terkenal yang
diperkenalkan oleh MARDI pada tahun 1987 melalui hasil kacukan varieti Subang 6
dan Sunrise Solo (dikenali sebagai MARDI Backcross Solo).
Kejayaan penyelidikan ini bukan sahaja meningkatkan kualiti
rasa dan tekstur buah tetapi telah membuka pintu eksport yang luas ke pasaran
luar negara seperti Eropah dan Asia Timur.
Hal ini secara tidak langsung meletakkan industri
hortikultur negara sebagai sektor yang kompetitif dan berdaya maju tinggi.
Selain nilai komersial, betik mempunyai manfaat kesihatannya
yang luar biasa sebagai "superfruit" tempatan.
Betik kaya dengan vitamin A, C, dan enzim papain yang sangat
baik untuk sistem penghadaman serta kesihatan kulit.
Dengan harga yang mampu milik dan mudah didapati di
mana-mana sahaja, betik menjadi pilihan utama masyarakat Malaysia dalam
mengamalkan gaya hidup sihat, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai ikon
buah-buahan negara.
Apa pun fakta mengenai kehebatan dan keistimewaan buah
betik, buah itu bukan buah kebangsaan Malaysia seperti yang didakwa sesetengah
pihak.

No comments:
Post a Comment