Ikan segar di Pasar Berek 12. Pembeli boleh mendapatkan
pelbagai jenis ikan segar di Pasar Berek 12, Kota Bharu, Kelantan.
Pasar yang terletak di Kampung Paya Rani, berhadapan Sekolah
Kebangsaan (SK) Sri Bemban ini beroperasi setiap hari bermula pukul 7 pagi
sehingga 12 tengah hari.
Biarpun bilangan penjual ikan tidak banyak, namun pilihan
pelbagai jenis ikan segar memang menarik minat pembeli.
Menariknya, ikan dibeli boleh terus disiangkan oleh penjual,
atas permintaan. Perkhidmatan itu tidak dikenakan bayaran.
Selain ikan, di Pasar Berek 12 terdapat pelbagai keperluan
harian lain seperti ayam, daging lembu, sayur, buah, santan dan keperluan
memasak lain.
Jualan yang ditawarkan dalam keadaan segar dan murah. Banyak
pilihan dan menepati kehendak pengguna.

No comments:
Post a Comment