Monday, 25 December 2017

AYAM BAKAR MENU SANTAI-SANTAI


Masa dahulu, orang dapat makan lauk ayam memang cukup bertuah. Kalau dapat makan sebulan sekali tu kira cukup hebat.

Ambo pernah pelihara ayam kampung, jarang-jarang sekali dapat makan ayam. Kalau nak makan ayam daging atau dipanggil ayam bandar, memang payah sangat.

Namun hari ini... makan daging ayam bukan lagi satu yang mewah. Hari ini orang makan ayam sebagai aktiviti santai. Bukan lagi sebagai lauk hidangan bersama nasi.

Istilah bakar ayam dianggap sebagai tema untuk santai-santai bersama keluarga atau rakan. Ditambah pula menu sorong, kerang, ikan dan udang. Wow... mewah hidup rakyat Malaysia.

Bersyukurlah kita hidup di Malaysia. Malangnya ada yang mendakwa 'susah' hidup di Malaysia. Spesis apakah mereka ini?

No comments:

Post a Comment