Tuesday, 29 October 2019

KAMPUNG TELUK KEMUNTING DAERAH TAWANG

Kampung Teluk Kemunting terletak di dalam daerah (mukim) Tawang, jajahan (daerah) Bachok, Kelantan.

Nama Kampung Teluk Kemunting diambil dari nama pokok kemunting yang banyak tumbuh di kawasan tersebut pada masa dahulu. Bagaimanapun, pokok kemunting semakin kurang ditemui di kampung tersebut

Manakala tidak dipastikan pula mengapa lahir perkataan 'teluk' sedangkan Kampung Teluk Kemunting tidak berada di tepi laut.

Kawasan tanah Kampung Teluk Kemunting jenis pasir hitam yang dipanggil tanah beris. Tanah beris memang sesuai untuk pokok kemunting tumbuh subur.

Memandangkan kawasan sekitar Kampung Teluk Kemunting juga dari jenis tanah beris, terdapat beberapa buah kampung berhampiran menggunakan nama beris seperti Beris Pintu Gerbang, Beris Kubur Besar dan Beris Pancur.

Kawasan Kampung Teluk Kemunting dan kawasan sekitar pernah menjadi lokasi penanaman tembakau yang memberi pulangan pendapatan lumayan kepada penduduk.

Bagaimanapun, sekarang ini penanaman tembakau hampir tiada lagi apabila kerajaan mengurangkan jumlah pengeluaran tembakau.

Kampung Teluk Kemunting terkenal dengan industri membuat laksa.

No comments:

Post a Comment