Bangsa
Melayu itu adalah bersifat ikhlas, lemah lembut, lunak, berperibadi sopan. Nampak
macam garang, tetapi di dalam hati ada taman.
Mereka
memiliki kehormatan yang sopan, menguasai pembaikan pertukangan, menerima
pemodenan teknologi, mereka memperoleh pendidikan dan ilmu pengetahuan serta
kecemerlangan kefahaman padanya.
Agaknya,
sebab itu Melayu mudah dijadikan mangsa. Mudah kasihan dan menyerah hak kepada orang
lain. Mudah mengikut dan terikut-ikut dengan kehendak orang lain.
Sejarah
mencatatkan bahawa Bahasa Melayu adalah satu bahasa yang paling ringan dan mudah
berbanding daripada bahasa-bahasa penduduk wilayah-wilayah yang dikenali Asia Tenggara
itu.
Sebab
itulah kebanyakan orang Hijaz atau Arab menggunakan Bahasa Melayu dalam
pergaulan dengan bangsa-bangsa tersebut, yang berlainan bahasa mereka dengan
bahasa Melayu.
Namun,
mereka yang sememangnya ingin merampas hak Melayu awal-awal lagi tidak ikhlas ingin
mempelajari Bahasa Melayu. Biarpun berpuluh tahun tinggal di Tanah Melayu, mereka
tidak fasih atau lebih menggunakan lenggok bahasa ibuanda mereka ketika berbahasa
Melayu.
Perhatikan,
mereka yang ada sikap khianat terhadap bangsa Melayu sebenarnya tidak fasih berbahasa
Melayu.
Cina
Kelantan amat akrab dengan Melayu kerana mereka berbicara dalam dialek Kelantan
atau Melayu Kelantan.
Benarlah
kata pujangga; Bahasa Jiwa Bangsa.
No comments:
Post a Comment