Saturday 16 May 2020

Kronologi kejatuhan PH Kedah


Akhirnya sekali lagi Datuk Seri Mukhriz Mahathir hilang jawatan sebagai Menteri Besar Kedah.


Secara kronologinya ia berlaku:
- 24 Februari - Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan keputusan keluar daripada Pakatan Harapan (PH)

- 27 Februari - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir umum mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) bagi mengekalkan kerajaan negeri sedia ada

- 16 Mac - Muhyiddin dicabar Mukhriz dan Mohd Faiz Azleesham bagi jawatan Presiden BERSATU dalam pemilihan parti itu, Jun depan.

- 6 Mei - PAS umum sedia mengetuai pentadbiran kerajaan negeri berikutan kepincangan dan perpecahan yang semakin tidak terkawal dalam PH Kedah.

- 12 Mei - ADUN Lunas, Azman Nasrudin dan ADUN Sidam, Dr Robert Ling Kui Ee umum keluar parti dan menyokong kepemimpinan Perikatan Nasional (PN).

- 12 Mei - PN Kedah umum pembentukan kerajaan negeri baharu selepas mendapat sokongan 23 ADUN termasuk dari BERSATU

- 13 Mei - Mukhriz menegaskan beliau masih Menteri Besar dan kerajaan negeri pimpinannya masih beroperasi seperti biasa.

- 15 Mei - Seramai 36 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah di Wisma Darul Aman.

- 17 Mei - Mukhriz umum melepaskan jawatan Menteri Besar Kedah selepas hilang sokongan majoriti sokongan ADUN.

- 17 Mei - Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim mengumumkan Sultan Kedah perkenan melantik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor sebagai Menteri Besar Kedah Ke-14.

No comments:

Post a Comment