Maka
menjadi tanggungjawab kita untuk menjadikan setiap aktiviti kita termasuk
berhibur sentiasa berada di dalam ruang lingkup beribadah kepada Allah SWT.
Islam
adalah satu cara hidup yang sangat meraikan dan tidak pernah sekali-kali
menyekat naluri fitrah manusia termasuklah berhibur seperti mendengar muzik,
bunyi-bunyian dan nyanyian asalkan sahaja hiburan itu tidak menyalahi
hukum-hukum syarak.
Imam
al-Ghazali berpendapat bahawa mendengar nyanyian ada yang harus dan ada yang
sunat serta ada pula yang haram. Nyanyian yang haram disebabkan oleh lima
perkara yang mencorakkannya iaitu penyanyi, alat muzik yang digunakan, susunan
kata-kata, tanggapan pendengar terhadap nyanyian dan pendengar yang terdiri
daripada orang awam.
Selama
perkara itu tidak melalaikannya daripada kewajipan agama, bersesuaian dengan
nilai akhlak dan bersesuaian pula dengan kedudukannya, maka ia diharuskan.
Oleh
itu apabila membincangkan mengenai hiburan, hal-hal seperti susunan kata-kata
yang haram, penampilan penyanyi, masa persembahan nyanyian yang menghalang
kewajipan agama atau melalaikan manusia, majlis yang disertai dengan makanan
dan minuman haram, pergaulan lelaki dan perempuan tanpa batas, dan kesan
nyanyian kepada pendengar-pendengar tertentu yang membawa kepada berkelakuan
buruk hendaklah diambil-kira.
Selain
itu, Islam juga telah meletakkan garis panduan asas yang perlu dipatuhi bagi
memastikan sebarang bentuk hiburan yang ingin diketengahkan ke dalam masyarakat
tidak terbabas dari landasan syariat.
Antaranya
ialah niat yang betul, tiada unsur-unsur yang bercanggah dengan akidah dan
syariat Islam, tidak meninggal dan melalaikan kewajiban yang difardhukan oleh Allah,
sentiasa menjaga adab-adab pergaulan, tiada unsur perjudian dan tidak berlaku
pembaziran. Juga tujuannya hendaklah betul, seperti untuk kesihatan, ketenangan
dan kepuasan, jalan untuk taqarub dan mencapai keredaan Allah serta dapat
menjalin hubungan sesama manusia.
Jelas
kepada kita bahawa tujuan berhibur dalam Islam ialah untuk melahirkan insan
yang sihat jasmani, rohani dan sosialnya. Insan yang sihat bukanlah yang hanya
terhindar dari sebarang penyakit, tetapi juga terhindar dari permasalahan
emosi, perasaan, isu-isu rumahtangga, kekeluargaan, tempat kerja dan
sebagainya.
Maka
dengan itu, sewajarnya tidak menjadi kesalahan sekiranya hiburan masa kini
ingin disemarakkan tetapi hendaklah dibangunkan dalam bentuk dan acuan yang
bersandarkan kepada garis panduan Islam kerana pastinya ianya memiliki
unsur-unsur positif, terkawal, bersifat mendidik, dan diterima dari pandangan
syarak.
Menurut
Fatwa Syeikh Syaltut, muzik adalah harus selagi bukan untuk tujuan melalaikan
dan maksiat. Manakala menurut al-Ghazali, tidak ada perincian syarak berkenaan
peralatan muzik yang halal dan haram. Ia bergantung kepada keadaan masa dan
tempat serta mana-mana alat muzik yang baik dan lunak di dengar adalah harus,
dan mana-mana alat muzik yang melalaikan dan dikaitkan dengan pemain muzik
serta penyanyi yang mempamirkan akhlak yang buruk merupakan perkara yang
ditegah sama sekali.
No comments:
Post a Comment