John McNeil, seorang profesor sejarah dan pengarang buku Mosquito Empires menyebutkan dalam sesetengah keadaan, nyamuk boleh mempengaruhi perubahan dunia.
Dalam sejarah peperangan abad ke-20, jumlah korban akibat penyakit lebih banyak berbanding akibat senjata. Kebanyakan penyakit ini dibawa oleh nyamuk.
Ketika Revolusi Amerika sekitar 1780, pihak British memilih southern strategy dengan menghantar sepasukan besar tentera ke selatan. Kawasan berkenaan diserang wabak malaria dan nyamuk Anopheles.
Pihak British berperang menentang rakyat setempat yang kebanyakan mereka tinggal di dalam zon malaria dan sudah kebal penyakit itu.
Apabila seseorang itu dijangkiti malaria, mereka akan menjadi kebal dengan penyakit itu. Alah bisa tegal biasa. Lagi banyak dijangkiti, lagi tinggi kekebalannya.
Tentera British yang baru kali pertama terdedah dengan malaria dijangkiti dan ia melumpuhkan tentera mereka. Akibatnya, antara Jun hingga November 1780, lebih separuh tentera British menderita wabak malaria.
Menurut Gordon Patterson penulis buku ‘The Mosquito Wars’, ketika Perang Dunia Kedua pihak Amerika memperoleh kelebihan ke atas tentera Jepun kerana nyamuk.
Mereka menghantar 10,000 tentera ke kawasan aktif malaria di Selatan Pasifik kerana mempunyai kelengkapan dan kepakaran untuk mengatasi demam malaria berbanding Jepun.
Mereka menubuhkan sebuah pusat untuk memantau dan mengatasi wabak malaria. Nyamuk aedes simbol eksklusif, ia tidak menyerang mangsa sepanjang waktu. Ia lazimnya keluar ketika senja dan subuh. Ia juga tidak membiak di semua tempat. Ia sukakan tempat yang sempit, kawasan bebas gangguan dan di dalam air bersih.
Wabak yang datang dari binatang atau benda yang hina ini patut buatkan kita terkenang pada sepotong ayat al-Quran yang berbunyi, “Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perumpamaan berupa nyamuk atau yang lebih rendah daripada itu.” (Surah al-Baqarah, ayat 26)
No comments:
Post a Comment