Wednesday, 6 January 2021

USAHA MENYELAMATKAN LAPISAN OZON

Kira-kira 10 hingga 16 kilometer daripada permukaan bumi, wujud lapisan ozon yang menapis radiasi ultra ungu daripada matahari yang sangat berbahaya. Ia bertindak melindungi kehidupan di bumi.

Ozon adalah suatu gas yang terdapat di atmosfer secara semulajadi. Lapisan ozon mengandungi banyak gas ozon. Ozon ini adalah suatu gas yang mengandung unsur- unsur kimia.

Unsur- unsur kimia yang terdapat dalam lapisan ozon ini terdiri dari tiga macam atom oksigen atau disingkat dengan O.

Kerana mempunyai  kandungan O dalam jumlah banyak inilah lapisan ini diberi nama sebagai lapisan ozon. Atom oksigen ini memiliki warna biru dan juga berbau kuat.

Perbedaan antara oksigen yang berada di lapisan ozon dengan oksigen yang kita sedut sehari- hari ialah pada warna dan pada bau.

Jika oksigen yang terdapat pada lapisan ozon ini memiliki warna biru dan mempunyai bau yang menyengat, maka oksigen yang kita hirup sehari- hari tidak mempunyai keduanya, tidak berwarna dan juga tidak berbau.

Ozon merupakan gas beracun sehingga bila berada dekat permukaan bumi akan berbahaya bila terhisap dan dapat merusak paru-paru.

Sebaliknya, lapisan ozon di atmosfer melindungi kehidupan di bumi kerana ia melindunginya dari radiasi sinar ultraviolet yang dapat menyebabkan kanser.

Lapisan ozon sekarang ini semakin menipis. Keadaan itu memberi kesan peranan ozon sebagai penapis sinar ultraviolet. Justeru, usah menyelamat atau mengurang kesan penipisan lapisan ozon perlu dilakukan.

Saintis percaya lapisan ozon terbentuk sejak 400,000 tahun dulu. Namun, pada 1974, dua pakar kimia dari Universiti California mengejutkan dunia dengan penemuan yang membuktikan sisa kimia buatan manusia iaitu kloroflurokarbon (CFC) mengancam lapisan ozon.

CFC adalah bahan kimia perindustrian yang digunakan secara meluas. Ketika ia mula digunakan pada 1920-an, CFC dan bahan penghakis ozon (ODS) yang lain adalah kimia ‘ajaib’. Ia bukan toksik dan tidak mudah terbakar, stabil untuk jangka masa panjang dan secara idealnya sesuai untuk pelbagai kegunaan.

Ketika saintis menyedari yang ODS mampu memusnahkan molekul ozon dan merosakkan lapisan pelindung atmosfera, ia menjadi sebahagian penting dalam kehidupan moden.

Ketika itu, kita akan bangun pagi di atas tilam yang mengandungi CFC dan menghidupkan penyaman udara yang disejukkan oleh CFC. Mandi air panas yang disalurkan ke bilik air dibekalkan oleh pemanas dilindungi oleh CFC serta menggunakan deodoran mengandungi aerosol di dalamnya dan memakai penyembur rambut menggunakan CFC sebagai ejen semburan.

Sekiranya lapar, kita akan membuka peti ais yang juga dilindungi dengan CFC. Situasi sama juga berlaku di tempat kerja. Halon digunakan secara meluas untuk perlindungan kebakaran di pejabat dan premis perniagaan serta di pusat data dan stesen kuasa.

ODS juga digunakan untuk cucian kering dan mencuci bahagian logam peralatan elektrik, peti sejuk dan kereta. Kekhuatiran masyarakat umum dan pemerintah terhadap penemuan lubang ozon membuka jalan kepada perjanjian dikenali sebagai Protokol Montreal terhadap bahan yang menghakis lapisan ozon pada 1987.

Berikutan perkembangan memberangsangkan terhadap usaha menghentikan penggunaan bahan yang menghakis ozon secara bertahap ini, lapisan ozon dijangka kembali seperti keadaannya pada awal 1980-an menjelang 2060-2075.

Dalam protokol ini, negara Asia Pasifik bersetuju untuk secara berperingkat menghentikan penggunaan bahan kimia yang boleh menghakis ozon seperti CFC, halon, karbon tetraklorida (CTC) metil klorofom dan metil bromida.


No comments:

Post a Comment