Monday 4 November 2024

BANYAK RAKYAT MALAYSIA BERHIBUR DI KELAB MALAM DI GOLOK. THAILAND

 
Banyak anak muda dari Malaysia, terutama Kelantan termasuk perempuan berkunjung ke Golok, Selatan Thailand pada hari minggu semata-mata untuk berhibur di kelab malam negara jiran berkenaan.
 
Kebanyakan mereka yang berkunjung ke negara jiran itu akan menggunakan laluan haram dengan ada di kalangan mereka baru berusia belasan tahun. Mereka akan ke Golok pada petang Khamis sebelum pulang semula ke Kelantan pada Sabtu.
 
Mereka akan parkir kenderaan di Rantau Panjang dan memilih laluan haram dengan menyeberangi Sungai Golok untuk ke Thailand berbanding menggunakan laluan sah Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).
 
Kunjungan rakyat Malaysia di kalangan anak muda begitu ramai terutama pada hari minggu iaitu Jumaat dan Sabtu untuk berkunjung ke kelab malam sehingga terpaksa menunggu giliran untuk masuk ke pusat hiburan.
 
Hari biasa pun banyak, namun hari minggu lagi banyak. Bayangkan sehingga mereka terpaksa menunggu giliran untuk masuk ke kelab malam di Golok, Thailand.
 
Perkara ini perlu dipantau agar tidak semakin gawat. Penguatkuasaan berdasarkan peruntukan undang-undang perlu dilakukan untuk mengekang perkara ini semakin merebak.
 
Pergi berhibur itu tidak salah, tetapi apabila melibatkan aktiviti tidak bermoral tentu sekali mencemar imej rakyat Kelantan yang mengamalkan kehidupan berpaksikan ajaran Islam. Di Kelantan senditi tidak ada kelab malam dan sebarang bentuk hiburan melibatkan artis wanita.
 
Pemimpin, pendakwah dan ibu bapa perlu mengambil peduli mengenai perkara ini dengan menasihat kepada penduduk Kelantan, mahupun dari luar Kelantan agar tidak pergi ke tempat-tempat yang menyajikan hiburan yang melampau batasan agama.

No comments:

Post a Comment