Perbuatan fitnah di media sosial semakin
menjadi-jadi. Si pembuat fitnah berdepan tindakan saman jika tidak menarik
balik fitnah yang dibuat. Ada yang terus memadamkan kiriman tersebut. Tidak
kurang juga diminta membuat permintaan maaf secara terbuka di media sosial.
Disebabkan banyak orang perlu minta maaf di media sosial, ini contoh ucapan membuat permohonan maaf secara terbuka di media sosial.
Saya ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Ali bin Abu atas komen yang saya tulis di laman Facebook beliau, yang berpunca daripada khilaf dan sumber yang tidak sahih. Saya mengakui kesilapan saya dalam menyebarkan maklumat tanpa terlebih dahulu menyemak kesahihannya.
Saya amat kesal atas kekeliruan dan sebarang kesan negatif yang mungkin timbul akibat komen tersebut. Niat saya bukanlah untuk menyinggung atau menimbulkan salah faham, dan saya menerima sepenuhnya tanggungjawab atas kesilapan ini.
Saya juga ingin menjadikan perkara ini sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati dalam berkongsi maklumat di masa hadapan serta memastikan segala fakta diperiksa dengan betul sebelum memberikan sebarang komen.
Sekali lagi, saya dengan rendah hati memohon maaf kepada Ali bin Abu dan kepada sesiapa sahaja yang mungkin terkesan dengan komen saya. Saya menghargai segala jasa dan usaha beliau, dan saya berjanji untuk lebih bertanggungjawab dalam setiap tindakan saya di media sosial.
Sekian, terima kasih.
Berhati-hatilah berinteraksi di media sosial. Kalau tidak pasti jangan kongsi atau membuat tuduhan.
Catatan - Contoh di atas adalah permohonan maaf sebenar yang dibuat oleh seorang pengguna media sosial.
No comments:
Post a Comment