Isu pengundi hantu
sentiasa bergema dalam setiap kali PRU dan PRK.
Maka, adakah isu itu kembali mencanak pada Pilihan Raya Umum Ke 14
nanti?
Isu pengundi hantu
sebenarnya bukan baru. Setiap kali menjelang atau selepas pilihan raya, cerita
pengundi hantu akan tersiar dengan meluas. Pada pilihan raya ke-11, cerita
pengundi hantu betul-betul menyeramkan ramai rakyat Terengganu sehingga
menyebabkan beribu-ribu penyokong Pas mengadakan tunjuk perasaan di depan Wisma
Darul Iman Kuala Terengganu.
Kononnya mereka
ternampak puluhan bas sedang mengangkut pergi pengundi hantu. Padahal bas yang
mereka sangkakan membawa pengundi hantu itu adalah bas yang hendak menghantar
peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Pada pembangkang,
mana-mana pengundi dari luar pulang mengundi, maka itu pengundi hantu. Sedangkan hakikatnya, banyak pengundi
pembangkang juga tinggal atau tidak lagi bermastautin dalam kawasan di mana
mereka didaftarkan.
Fakta ini telah
dimanipulasikan dan dipolitikkan sebagai ‘pengundi hantu’ iaitu suatu tafsiran
yang amat mengelirukan. Istilah ‘pengundi hantu’ jika hendak digunakan hanya
boleh ditafsirkan kepada pengundi yang tidak layak tetapi disenaraikan termasuk
pengundi yang telah meninggal dunia, belum cukup umur dan kad pengenalan palsu.
Daftar Pemilih merupakan
dokumen sah yang terpenting digunakan dalam sesuatu pilihan raya. Hanya
warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas yang telah mendaftar dan
namanya tersenarai di dalam Daftar Pemilih boleh mengundi di dalam sesuatu
pilihan raya umum atau pilihan raya kecil untuk Parlimen atau Dewan Undangan
Negeri (DUN).
Justeru, SPR memberi
penekanan khusus untuk menentukan bahawa butir-butir seseorang pemilih seperti
nombor kad pengenalan, ejaan nama, jantina, bangsa, agama, alamat dan penentuan
lokaliti di dalam Daftar Pemilih adalah tepat. Ini merupakan suatu usaha SPR
untuk mewujudkan Daftar Pemilih yang kemas dan terkini.
No comments:
Post a Comment