Tuesday 5 June 2018

TANAM KULAT SISIR

Kulat sisir atau cendawan kukur semakin mendapat permintaan tinggi melebihi penawaran. Sebab itu, harga kulat sisir boleh mencecah sehingga RM30 sekilogram. sambutan. 

Justeru, pengusahaan menanam kulat sisir disenarai sebagai satu daripada pertanian bernilai tinggi selain sarang burung walet, akuakultur, ikan hiasan, rumpai laut, herba dan rempah ratus.

Secara semulajadi, kulat sisir tumbuh di batang pokok mati pada musim hujan, terutama di batang pokok getah. Jadi, untuk mendapat kulat sisir hanya pada musim hujan. Selain itu, isu keselamatan kulat sisir atau nama saintifiknya Schizophllyum commune yang dikutip di kebun getah yang dibimbangi terdapat racun.

Kini, kulat sisir sudah dikomersialkan menjadi 'tanaman' memungkinkan cendawan kukur dipasarkan secara lebih meluas, terkawal, selamat dan berkualiti tinggi, serta memberikan pulangan lumayan sepanjang tahun.

Hasil kajian dilakukan pusat pengajian tinggi dan badan penyelidikan, kini pembenihan secara bioreaktor mampu menghasilkan kulat sisir dalam kuantiti yang banyak. 

Penghasilan benih kulat sisir dengan penggunaan cecair atau bioreaktor adalah satu mekanisme baharu pengkulturan cendawan dalam skala besar.

Permintaan terhadap kulat sisir amat tinggi kerana rasanya sedap dan kaya khasiat. Kini, kulat sisir ada  dipasarkan melalui internet bagi memudahkan pembeli tidak kira di mana berada.

Penanaman kulat sisir menggunakan kaedah bongkah membolehkan hasilnya dituai sepanjang tahun.

Penjagaan kulat sisir tidak rumit dan hanya mengambil masa selama seminggu untuk tumbuh. Penjagaan kulat sisir tidak serumit cendawan tiram.

Kulat sisir juga tidak mudah rosak dan boleh 'diawet' dengan cara dikeringkan.

Tumbuhan ini hanya memerlukan tempat teduh dan perlu disiram antara dia hingga tiga kali sehari. Tempat untuk menyimpannya haruslah kawasan yang redup dan lembap. 

Industri cendawan berpotensi berkembang dengan pesat di mana penggunaannya merangkumi penghasilan pelbagai produk nutraseutikal, farmaseutikal dan kosmetik, selain kegunaan tradisi untuk digulai atau digoreng.  

No comments:

Post a Comment