Kuih tahi itik cukup popular di Kelantan. Biarpun
namanya "tahi", ia tidak menghalang keinginan untuk
menikmati kuih yang cukup istimewa ini. Dipanggil nama kuih tahi itik kerana
rupa dan tekstur macam tahi itik.
Kuih tahi itik pernah dikenali sebagai
kuih hati sukma, namun nama itu semakin dilupakan dan banyak penggemarnya tidak mengetahui nama itu pernah digunakan pada kuih tahi itik.
Kuih tahi itik
disediakan dengan menggunakan putih telur yang telah diasingkan dari kuning
telur. Selepas itu putih telur yang telah diasingkan itu akan dicampur dengan
santan dan gula pasir. Biasanya tepung pulut dan tepung beras turut ditambah
untuk menambah kuantiti adunan. Rasa kuih tahi itik manis, seperti kebanyakan kuih muih di Kelantan
Adunan akan dimasak
sehingga menjadi berketul-ketul. Biasanya kuih tahi itik tidak dibentuk dalam
bentuk tertentu. Untuk memudahkan agihan, ada yang dibuat menjadi bulat atau kepal.
Pembuat kuih tahi
itik biasanya tidak khusus memberi tumpuan untuk membuat kuih itu. Sebaliknya
kuih tahi itik dibuat kerana tidak mahu membazirkan putih telur yang diasingkan
untuk membuat kuih jala mas dan kuih buah tanjung yang hanya menggunakan kuning
telur.
No comments:
Post a Comment