Saturday 19 October 2019

KADAR MAKANAN BERASID BERALKALI

Makanan boleh dikategori kepada dua jenis. Iaitu makanan berasid dan makanan beralkali. Gaya pemakanan yang seimbang perlu mengandungi 20% makanan berasid dan 80% makanan beralkali.

Contoh makanan berasid: Nasi, kuih, mi, roti, gula, makanan bergoreng, daging, ayam, kambing, makanan laut dan kacang.

Contoh makanan beralkali: Sayur-sayuran, buah-buahan, air bermineral tinggi, air zam-zam

Namun, gaya pemakanan zaman sekarang sudah terbalik. Kita lebih suka mengambil 80% makanan berasid dan 20% makanan beralkali.

Itulah punca penyakit moden. Teori perkembangan pelbagai penyakit yang disebabkan oleh asid berlebihan adalah seperti berikut: “Asid yang berlebihan merupakan punca segala penyakit.” Dr. Zhang Jiarui

Jadi, meneutralizekan asid berlebihan badan merupakan asas untuk mengubati pelbagai jenis penyakit termasuklah penyakit kencing manis.

Makanan beralkali tinggi adalah penting untuk meneutralizekan asid berlebihan yang terkumpul dalam badan.

Selepas asid berlebihan dihilangkan, oksigen boleh diedarkan ke seluruh badan secara efektif lalu mengaktif semula fungsi pankreas yang telah merosot

Rintangan insulin adalah satu keadaan di mana insulin tidak dapat berpaut dengan reseptor pada permukaan membran sel untuk membuka laluan yang membenarkan glukosa diangkut ke dalam sel untuk digunakan.

Mineral seperti kromium, magnesium dan zink boleh tolong 'membuka' laluan tersebut dengan cara meningkatkan keberkesanan insulin.

Daripada pandangan perubatan, kencing manis disebabkan oleh keradangan. Keradangan dibayangkan sebagai api yang tengah 'terbakar' pada pankreas.

Manakala untuk memadamkan api itu, kita memerlukan 'air' yang secukupnya. Di ini, 'air' adalah antioksidan yang boleh mengurangkan keradangan.

No comments:

Post a Comment