Monday 25 October 2021

SEJARAH NAMA BANDAR TANAH MERAH

 
Tanah Merah adalah salah satu jajahan di Kelantan. Bandar utama di jajahan Tanah Merah adalah bandar Tanah Merah. Bandar Tanah Merah terletak kira-kira 45 kilometer dari bandar Kota Bharu iaitu ibu negeri Kelantan. Jajahan Tanah Merah telah ditubuhkan pada 2 Februari 1955.

Jajahan ini mempunyai keluasan seluas 867.6 km persegi. Di dalamnya menempatkan tiga daerah iaitu Ulu Kusial, Jedok dan Bukit Panau. Manakala setiap daerah tersebut dipecahkan kepada kampung.

Nama bandar Tanah Merah dan kemudian turut dikenali sebagai nama jajahan adalah diambil bersempena tanah yang berwarna merah yang terdapat di Tanah Merah pada suatu ketika dahulu.

Menurut sejarah, nama Tanah Merah adalah diambil daripada warna tanah merah iaitu sejenis tanah laterit yang kedudukannya memanjang di tepi tebing Sungai Kelantan yang terletak di Kampung Tok Cho Bor dalam jajahan Machang bertentangan dengan Kampung Sat.

Penduduk Kampung Sat memanggil orang yang tinggal di Kampung Tok Cho Bor sebagai "Orang Tanah Merah". 

Penduduk dari kampung Tok Cho Bor dan Kampung Sat kemudian telah membuka satu perkampungan baharu di Kampung Gali sekarang ini. Tanah di sini juga kelihatan kemerah-merahan.

Mengambil nama "Orang Tanah Merah" yang merujuk kepada orang Kampung Tok Cho Bor yang membuka kampung baharu itu dan ditambah pula tanah di kawasan tersebut yang berwarna merah, maka kawasan yang baharu diteroka itu dikenali dengan nama Tanah Merah.  

Nama Tanah Merah kemudian terus terkenal, tetapi kawasan itu telah menjadi rujukan nama kepada kawasan bandar Tanah Merah sekarang ini yang terletak di Bukit Remoh. Maksudnya ada berlaku perpindahan kedudukan tempat yang dinamakan Tanah Merah.  

Jajahan Tanah Merh ditubuhkan pada 2 Februari 1955. Dengan tertubuhnya jajahan ini maka wujudlah Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah yang dikenali sebagai Majlis Tempatan Tanah Merah pada ketika itu.

Dalam masa dua tahun kemudian pejabat ini telah ditukar nama menjadi Pejabat Tanah dan Jajahan Tanah Merah dan ianya kekal sehingga ke hari ini.

1 comment:

  1. apakah anda ingin memiliki bisnis sendiri? atau memiliki rumah pilihan Anda? pedro jerome menawarkan pinjaman 2 tingkat dengan pembayaran pinjaman yang fleksibel sesuai dengan pinjaman individu dan hak internasional, pinjaman saya diberikan dengan sekejap mata ketika saya mengajukan $800,000.00 untuk memperluas bisnis pakaian saya jadi saya akan menyarankan siapa pun di sini mencari bantuan keuangan untuk menghubungi pedroloanss@gmail.com atau whatsapp nomornya di +18632310632. semoga beruntung.

    ReplyDelete