Sunday 13 February 2022

GUNA KUASA UNTUK MENOLONG RAKYAT

 
Aku lalu satu laluan motosikal di sebuah plaza tol. Aku menunggang motor skuter dengan standard abah-abah dan dengan yakin aku tempuh sekatan jalan polis yang ada di depan.

Tiba-tiba  seorang pegawai tahan aku dan minta aku behenti di tepi. Dia semak Lesen Memandu dan Cukai Jalan aku.

Aku tengok lama mata dia memerhati atas bawah depan belakang. Nampaknya macam sedang mencari sesuatu.

Polis: Encik tahu apa kesalahaan encik?
Ambo: Apa ya tuan?
Polis: Tu... tali keledar tidak klip kemas.
(Patutlah dia memerhati lama, rupanya sedang cari kesalahan)
Ambo: Saya mohon maaf tuan. Saya tak perasan dan lupa kemaskan tuan.
Pastu dia senyap lama. Aku tengok dia dok keyin benda pa ntah dalam mesin.
Tiba-tiba bunyi.."Treett.. "! terus dia koyak surat cinta. Allahu. Sedihnya.

Aku sedih bukan sebab aku kena saman. Bukannya aku tak ada duit. Setakat nak bayar saman tu Insya Allah. Aku ada.

Tapi yang aku sedih, pegawai tu seorang Melayu. Dari pemerhatian aku yakin dia seorang bapa budak dan juga suami orang.

Kenapa tak gunakan budi bicara atau nasihatkan pesalah supaya tak ulangi kesalahan sebelum saman. Kalaulah ada keluarga yang betul-betul susah. Nak makan pun tak cukup. Inikan pula nak bayar saman.

Lagipun itu kan kesalahan kecil. (Bagi aku lah).

Aku bukannya ubah suai motor aku secara melampau. Cermin sisi ada, nombor plat ikut spek, ekzos standard, lampu semua hidup, cukai jalan hidup, lesen ada siap gambar hensem lagi.

Lagipun klip topi kalendar aku ni memang bermasalah sikit. Kadang-kadang tercabut sendiri.

Mereka yang ada kuasa.

Tolonglah..Dalam waktu susah-suah dan pandemik covid19 ini. Ramai yang terkesan.

Kalau boleh gunalah kuasamu untuk menolong rakyat. Kalau pemimpin sedang berbalah rebutkan kuasa, kita yang marhaen dan ada seciput kuasa ni bantulah sesama kita. Gaji kita ni hanya cukup-cukup makan.. tak cukup pun 7 keturunan makan.

Malaikat akan faham jika kau angkat pena kau untuk bantu orang lain dan siapa tahu mungkin Malaikat juga akan mengangkat penanya juga dari merekod buku amalanmu?

Jadi, hati-hati ya gais.. jadilah pengguna yang baik di sisi undang-undang.

Sumber: Media sosial

No comments:

Post a Comment