Wednesday 31 January 2024

TANAM BAWANG SKALA BESAR

 
Inisiatif penanaman bawang pada skala lebih besar melalui usaha sama strategik kerajaan negeri serta usahawan berpotensi dilaksanakan menerusi dua fasa iaitu latihan semula dan pengukuhan.
.
Latihan semula penting bagi menambah kemahiran atau ilmu yang berkaitan dengan penanaman bawang agar pengeluarannya meningkat.
 
Untuk memastikan usaha penanaman bawang pada skala besar mencapai kejayaan, Jabatan Pertanian bersama agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan melaksanakan pemantauan agronomi tanaman, termasuk pembajaan, sistem pengairan, kawalan penyakit dan perosak serta kesesuaian mekanisasi ladang.
.
Melalui pemerhatian projek ini, peluasan kawasan baharu akan dilakukan di seluruh negara dan penyampaian teknologi penanaman ini akan dilaksanakan oleh Jabatan Pertanian.
.
KPKM sememangnya memberi fokus untuk mengukuhkan industri bawang pada 2024.
.
Dalam memenuhi matlamat pengurangan import bawang sebanyak 30 peratus, KPKM menyasarkan seluas 1,447 hektar kawasan penanaman setahun.
.
Pada 2022 jumlah import bagi dua jenis bawang iaitu bawang besar dan bawang kecil adalah 685,400 tan dengan nilai sebanyak RM1.58 bilion.
.
Berdasarkan data statistik berkenaan, Malaysia mengimport bawang sebanyak 525,055.37 tan dengan nilai RM944,990,373 dari 20 negara.
.
Jumlah import yang tertinggi adalah dari India iaitu 321,776.16 tan, Belanda (77,772.55 tan), China (47,165.48 tan), Pakistan 42,957.62 tan, Thailand 12,186.52 tan serta lain-lain negara.
.
Krisis bekalan bawang pada 2020 akibat bencana banjir besar di India mengakibatkan kenaikan harga jualan bawang sebanyak tiga kali ganda.
.
Justeru, KPKM kini mengorak langkah untuk memperkasakan industri bawang dalam negara setelah mengambil kira kepelbagaian makanan di Malaysia yang memerlukan bawang sebagai satu daripada ramuan penting masakan.
.
Memandangkan Malaysia mempunyai daya tarikan gastronomi yang unik, maka bawang dilihat sebagai komoditi tanaman yang strategik untuk dibangunkan.

No comments:

Post a Comment