Saturday 17 February 2024

AIR TERJUN TAMAN SURIA, TAIPING

 
Taiping, Perak pesat membangun. Namun, kawasan hutan dan bukit di sekelilingnya masih terpelihara kekal semula jadi. Bukit Larut dan kawasan sekitarnya menjanjikan kedamaian dan ketenangan semula jadi. Kaya dengan flora dan fauna yang mengkagumkan.

Salah satu tempat yang kekal semula jadi biarpun berhampiran tempat penempatan ialah Air Terjun Taman Suria. Tempat ini berada di penghujung Taman Suria atau lebih tepat lgi Jalan Suria 4.

Air Terjun Taman Suria juga dikenali Lata Taman Suria memang menarik dan menjadi tumpuan masyarakat setempat untuk beristirahat dan mandi manda.

Biarpun aliran sungai tidak berapa banyak, ada kawasan air terjun yang memasuki kawasan yang terhakis di antara tebing batu pejal membentuk kolam yang dalam yang boleh dilakukan aktiviti terjun dan berenang. Ada juga kawasan yang aliran airnya cetek.

Air di tempat itu memang jernih dan sejuk. Kejernihannya membolehkan melihat dasar dan jika menggunakan video atau kemera kali air, imej yang terhasil amat jelas dan cantik.

Pengunjung yang hadir biasanya berada di tebing sungai mahupun di atas batu-batu besar yang terdapat berhampiranya.

Tempat ini wajar diperkenalkan sebagai lokasi perkelahan yang menarik. Promosi yang lebih meluas perlu dilakukan.

 







No comments:

Post a Comment