Islam mengajar umatnya mengawal emosi dan
bertindak bijak dalam apa juga situasi. Gopoh dan terlalu marah boleh membawa
kepada fikiran tidak stabil yang boleh membawa kepada tindakan luar kawal.
Kes jemaah memukul dan menyepak seorang lelaki bukan Islam disyaki mengalami gangguan mental apabila menceroboh sebuah masjid di Taman Tun Dr Ismail, 02 Jan 2025.
Kejadian yang dipercayai berlaku sebelum solat Subuh itu tular dalam satu video berdurasi 2.46 menerusi laman media sosial Facebook. Menurut sumber, lelaki berusia lewat 20-an itu memandu kereta dari kediamannya di Jalan U Thant, di sini, sebelum menuju ke masjid berkenaan.
Pada masa sama, keluarganya yang menaiki sebuah lagi kenderaan lain turut mengekori lelaki itu dari belakang.
Sebaik tiba di pekarangan masjid, lelaki itu terus meluru masuk dan membuat kekecohan ketika semua jemaah sedang bersedia untuk menunaikan solat Subuh dan melakukan tindakan yang kurang wajar sehingga mencetuskan tindakan “keras” beberapa jemaah.
Lelaki itu kemudian ditenangkan oleh individu yang juga jemaah masjid dan ahli keluarganya sebelum membawa dia keluar.
Lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak polis yang tiba di masjid selepas dihubungi oleh jemaah.
Dia kemudian dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebelum disahkan sebagai seorang pesakit mental.
Tindakan “kasar” jemaah pada dasarnya "berasas", tetapi jika dikawal emosi, kejadian “kasar” itu boleh dielak. Lelaki itu bukan bertindak “ganas”, hanya meronta-ronta tidak mahu mengikut arahan.
Jika diuruskan dengan berhemah, “kekerasan” tidak perlu dilakukan. Bayangkan jika lelaki mengalami gangguan mental itu cedera dan lebih teruk lagi jika menyebabkan kematian seperti banyak kes kemarahan yang tidak terkawal.
Itu tidak termasuk kata-kata nista, cacian, marah dan provokasi di media massa sebelum perkara sebenar diketahui.
Gambar - Sekadar hiasan
No comments:
Post a Comment