Ada rumah dibina berhampiran sungai atau
tali air. Tempat itu biasanya ada pelbagai jenis ikan air tawar hidup. Jadi,
kira rezeki depan rumah, jika diusahakan untuk menangkap ikan-ikan itu.
Macam-macam cara boleh diusahakan untuk
menangkap ikan air tawar atau juga dikenali ikan darat. Paling banyak dilakukan
ialah dengan cara memancing. Ada juga yang menahan pukat, bubu, belat, temila,
tahan taut dan menjala.
Cara menangkap menggunakan peralatan
tersebut berbeza mengikut musim, keadaan air atau waktu.
Apapun cara, yang penting kena rajin
berusaha dan tahu caranya. Insya-Allah akan ada rezekinya.
Antara jenis ikan air tawar yang terdepat
di sungai ialah ikan haruan, ikan keli, ikan sepat, ikan puyu, ikan lampam dan
banyak lagi.
Ikan-ikan ini memang sedap dimakan dengan
cara digoreng atau digulai lemak. Boleh juga dijadikan ikan kering atau dibuat
pekasam.
No comments:
Post a Comment