Ketaksuban rakyat Malaysia untuk memiliki telefon
pintar dan tablet amat mengejutkan apabila rekod mencatatkan jumlah import
gajet berkenaan mencecah kira-kira RM11 bilion pada tahun 2017.
Lebih memeranjatkan, angka tersebut melebihi nilai import pelbagai produk dan bahan makanan bagi memenuhi permintaan populasi rakyat negara ini yang sudah mencecah 32.2 juta orang.
Nilai import telefon pintar dan tablet itu meningkat secara mendadak sejak 2015. Telefon pintar dan tablet seperti iPad merupakan antara barangan import tertinggi di negara ini.
Lebih memeranjatkan, angka tersebut melebihi nilai import pelbagai produk dan bahan makanan bagi memenuhi permintaan populasi rakyat negara ini yang sudah mencecah 32.2 juta orang.
Nilai import telefon pintar dan tablet itu meningkat secara mendadak sejak 2015. Telefon pintar dan tablet seperti iPad merupakan antara barangan import tertinggi di negara ini.
Pada 2015, nilai import telefon pintar mencecah RM8.33 bilion
diikuti RM6.86 bilion (2016) sebelum ia melonjak kepada RM10.01 bilion bagi
2017.
Itu tidak termasuk nilai import tablet/iPad iaitu RM1.55 bilion
(2015), RM1.07 (2016) manakala RM1.05 bilion pada 2017.
Bahan makanan yang sepatutnya menjadi keperluan penting kehidupan
didapati mencatatkan nilai import yang jauh lebih rendah berbanding gajet
tersebut.
Sebagai contoh bagi tahun lalu, nilai import daging lembu sejuk
beku dan segar hanya pada kadar RM2.24 bilion, daging-daging lain (RM1.79
bilion), susu dan produk tenusu ( RM2.93 bilion) dan beras (RM1.49 bilion).
Pada tahun 2017, import buah-buahan dan kekacang juga hanya pada
kadar RM3.06 bilion malah sayur-sayuran segar, beku serta diawet (RM3.85
bilion).
Faktor tersebut turut dipengaruhi
oleh komposisi penduduk Malaysia yang berusia 15 hingga 40 tahun kini berjumlah
14.9 juta orang mewakili 45 peratus daripada populasi rakyat negara ini.
Malah gajet tersebut bukan dilihat sebagai barangan mewah sebaliknya
sebagai barangan keperluan khususnya bagi golongan yang mempunyai nilai
kreativiti dan inovasi serta berfikiran usahawan dengan menjadikan ia sebagai
medium untuk menjana pendapatan.
Keadaan itu turut dipengaruhi oleh peningkatan penggunaan internet
seperti dilaporkan dalam Laporan Penyiasatan Penggunaan dan Capaian Teknologi
Maklumat (ICT) oleh Individu dan Isi Rumah, iaitu 57 peratus pada 2013
meningkat kepada 71.1 peratus pada 2015.
No comments:
Post a Comment