Bumi Madinah yang sememangnya subur perlu diusahakan dengan lebih giat. Kaum Muhajirin yang berhijrah bersama Baginda diaturkan supaya dapat bekerjasama dengan kaum Ansar iaitu penduduk asal Madinah dalam mengusahakan kegiatan pertanian.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah diriwayatkan sebagai berkata maksudnya: "Sesiapa yang memiliki tanah, hendaklah dia mengusahakannya, namun jika dia tidak berupaya melakukannya, maka hendaklah diberikan kepada saudaranya (supaya diusahakan) dan janganlah dia menyewakannya." (Hadis riwayat Abu Daud)
Hakikat betapa Islam sangat menggalakkan sektor pertanian jelas dilihat daripada peruntukan dalam syariah berdasarkan hadis Nabi iaitu sesiapa saja yang mengusahakan tanah kerajaan dengan jayanya akan mendapat hak milik kekal terhadap tanah berkenaan. Hal ini berdasarkan pendapat kebanyakan ulama.
Berdasarkan pendapat mazhab Malik, hak milik yang diperoleh itu adalah hak milik sementara saja, jika selepas mendapat hak milik tanah itu, dibiarkan semula terbiar, orang lain yang mengusahakannya akan memperoleh hak milik dengan menjayakannya.
Hukum di atas adalah
berdasarkan kepada hadis Nabi bermaksud: "Sesiapa yang menjayakan tanah
yang tidak dimiliki oleh sesiapa (yakni tanah kerajaan), maka dia lebih berhak terhadapnya."
(Hadis riwayat Imam Ahmad, Malik dan Bukhari)
Peruntukan itu jelas memberi insentif kepada pengusaha bidang pertanian yang mengusahakan tanah terbiar. Seseorang yang ingin menjayakan tanah terbiar kerajaan dibenarkan menanda atau memagar tanah sedemikian bagi menjalankan projek pertaniannya.
Bagaimanapun, tanah yang ditanda dan diteroka itu tidak harus dibiarkan lebih daripada tiga tahun tanpa diusahakan. Jika dibiarkan begitu, orang lain berhak mengusahakannya. Peruntukan itu berdasarkan dasar yang dijalankan oleh Saidina Umar ketika pemerintahannya.

Tanah dianggap
terbiar atau mati jika ia dalam keadaan gersang yakni tiada pengairan. Kawasan
berpaya atau ditenggelami air juga dikira tanah gersang, selain tanah tidak
sesuai untuk tumbuhan. Tanah yang terletak jauh daripada penempatan penduduk
juga termasuk tanah gersang.
No comments:
Post a Comment