Tuesday 3 December 2019

HARIMAU JADIAN TAKUTKAN MONYET


Monyet menjadi musuh kepada petani. Banyak hasil tanaman yang dirosakkan oleh monyet sehingga petani menanggung kerugian yang besar.

Kalau setakat makan, mungkin kerugian tidak berapa besar sangat. Namun, sikap monyet biasanya mengambil dan merosakkan buah tanpa dimakan.

Usaha menghalau monyet biasa sukar dilakukan. Disebabkan, sudah biasa dengan keadaan sekeliling, termasuk manusia, monyet hanya melarikan diri tidak jauh dari kawasan tanaman. Jika petani meninggalkan tempat itu, maka monyet akan datang kembali.

Penggunaan khidmat anjing untuk menghalau monyet juga tidak membuahkan hasil. Malah monyet seakan-akan mempermankan kehadiran anjing.

Namun, seorang petani di India mendapat ilham untuk menhalau monyet dengan membuat harimau jadian.

Harimau jadian itu sebenarnya anjing yang dicat bercorak belang menyerupai harimau.

Cat harimau jadian itu hanya bertahan kira-kira satu bulan.

Rupanya monyet takut pada rupa dan tidak mengetahui perkara sebenar di sebaliknya.

No comments:

Post a Comment