Thursday 9 January 2020

FELDA PERASU GUA MUSANG

Jajahan Gua Musang merupakan jajahan paling luas di Kelantan. Separuh keluasan negeri Kelantan adalah jajahan Gua Musang.

Majoriti kawasan jajahan Gua Musang masih diliputi kawasan hutan, di samping kawasan rancangan pembangunan tanah yang dikendalikan oleh Felda.

Salah satu kawasan dibangunkan oleh Felda ialah Perasu. Felda Perasu termasuk dalam mukim Chiku. Kedudukannya agak di pedalaman, iaitu kira-kira 12 kilometer dari jalan Kuala Krai-Gua Musang.

Namun, tidak sukar untuk sampai ke penampatan Felda Perasu kerana dihubungi dengan jalan raya yang baik. Jalan raya itu memberi kemudahan kepada penduduk untuk ke bandar Gua Musang dan ke lokasi lain.

Biarpun agak terpencil, kemudahan di Felda Perasu dianggap mencukupi untuk keperluan asas yang selayaknya dinikmati penduduk seperti kemudahan masjid, kemudahan internet, bekalan elektrik, pasar dan sekolah rendah.

Sepertimana kawsan Felda di seluruh negara, aktviti ekonomi penduduk ialah penamanan kelapa sawit serta aktiviti pertanian lain.

Perkampungan Felda Perasu di kelilingi oleh gua batu kapur dan bukit bukau yang menjadikan perkampungan ini sangat indah dan mendamaikan.

Dari Felda Perasu kelihatan jelas puncak Gunung Rabong yang mempunyai ketinggian 1,538 meter. Gunung ini dinamakan Gunung Rabong kerana kelihatan umpama rabong (tudung saji) bila dilihat dari Gua Musang dan kawasan sekitarnya.

No comments:

Post a Comment