Hidup
remaja penuh cabaran. Tanpa bimbingan dan tunjukajar dari orang dewasa dan berpengalaman,
ramaja mudah terdedah kepada amalan tidak sihat. Terdapat beberapa langkah
wajar dilakukan untuk mengelak remaja daripada terjebak aktiviti tidak sihat.
Tingkatkan daya
ketahanan iman.
Perkara
utama yang memperkuatkan jati diri ialah iman. Kehidupan akan menjadi
rosak jika jiwa tidak dihiasi dengan iman. Didikan iman perlu disemai
sejak usia kanak-kanak lagi.
Amalan keagamaan
perlu dihidupkan dalam keluarga.
Paling
penting seluruh ahli keluarga mesti menunaikan sembahyang fardu lima kali
sehari. Itulah tiang agama dan menjadi benteng daripada terlibat melakukan
perbuatan tidak baik.
Mengabaikan
tanggungjawab menunaikan sembahyang fardu samalah mencabut keimanan daripada
diri. Tidak ada lagi benteng untuk menahan diri daripada dipengaruhi unsur
menyesatkan kehidupan.
Memperkukuhkan institusi
keluarga.
Kehidupan
keluarga yang bahagia penting untuk mencorakkan kehidupan anak yang
terpimpin. Keluarga yang dipenuhi rasa kasih sayang dan saling menghormati
mendorong remaja lebih suka berada di rumah.
Semakin
panjang masa dihabiskan dengan keluarga, kebarangkalian terlibat dengan unsur
negatif semakin kurang. Mereka hanya keluar rumah untuk urusan tertentu
dan akan segera pulang.
Beri panduan memilih
kawan.
Pengaruh
rakan sebaya amat besar dalam kehidupan remaja. Remaja memilih kawan
berpekerti mulia akan turut terpengaruh mengikutinya. Sebaliknya, remaja
terpengaruh dengan budaya maksiat jika berkawan dengan mereka mengamalkan
aliran itu.
Ibu
bapa perlulah mengambil tahu dengan siapa anak mereka berkawan. Kenalilah rakan
anak-anak dan jadikan mereka seperti rakan.
Memilih hiburan yang
dibenarkan syariat.
Islam
tidak menegah umatnya berhibur. Hiburan adalah keperluan jiwa untuk rasa
tenteram dan ceria. Hidup manusia menjadi lebih berkualiti dengan
menghayati hiburan.
Sebaliknya,
hiburan yang mempunyai unsur liar dan menolak ketuhanan akan membawa keburukan
kepada semua. Hidup menjadi tidak terkawal. Perasaan menjadi lebih tidak
menentu. Semakin dituruti, semakin jauh daripada jalan
kebenaran.
Mengisi masa dengan
aktiviti berfaedah.
Remaja
terjebak dengan aktiviti tidak sihat disebabkan jiwa yang kosong. Mereka
ingin sesuatu kelainan dalam kehidupan. Untuk mengisi masa terluang itu
perlulah diperbanyakkan aktiviti berfaedah untuk mereka.
Aktiviti
sukan, riadah, membaca, gotong royong dan berpersatuan adalah antara aktiviti
berfaedah yang patut disertai remaja.
No comments:
Post a Comment