Monday, 27 July 2020

CARA ISTERI HENDAK BAHAGIA


Seorang yang bergelar isteri pasti dia ada suami. Perempuan yang pernah berkahwin dan sekarang tidak mempunyai suami tidak digelarkan sebagai isteri. Sebaliknya, jika tiada suami kerana kematian suami, dia akan dipanggil balu. Manakala kalau tiada suami kerana diceraikan atau bercerai, perempuan itu digelar janda.

Pastinya setiap wanita berkahwin kerana hendak bahagia. Bahagia yang berterusan sehingga ke akhir hayat. Bukan bahagia hanya ketika mula-mula bergelar isteri. 

Maka, untuk bahagia, kenalah bahagiakan suami dan suami juga akan bahagiakan isteri. Ertinya hubungan kedua-dua insan ini terjalin erat tanpa gangguan orang lain. Jadi bahagialah.

Timbul isu pertama; isteri mula tengok rumah jiran, tengok kebaikan jiran, tergoda dengan kemewahan jiran. Balik suami dia minta itu dan ini supaya sama dengan jiran.

Tengok adik beradik dan ipar duai ada itu ini, terus dia pun hendak juga. Dibanding-bandingkan kebaikan suami adik atau kakak dengan kemampuan dan keberadaan suaminya.

Mengapa perlu dibandingkan? Hidup bukan pertandingan. Hidup adalah realiti yang perlu dihadapi.

Akibat suka membandingkan kemampuan suami dan hendak minta itu dan ini, hidup suami isteri tidak bahagia lagi.

Timbul isu kedua; bila suami kawin lain dengan tanpa pengetahuan isteri. Isteri itu dapat hidup bahagia dengan suami walaupun suaminya jarang balik rumah. Tapi bila isteri mula tahu dia bermadu, dia mula telefon madu, suka intip gerakan madu dengan suaminya. Mula burukkan madunya. Hidup dia dengan suami sudah tidak bahagia.

Jadi wahai para isteri kalau nak bahagia, beri perhatian kepada dua contoh di atas. Pertama, pedulikan jiran kita dia kaya atau miskin, jangan libatkan suami. Kalau dia kaya syukur. Kalau dia miskin, boleh bantu batulah dia. Anda akan bahagia dengan bantuan itu, dan suami akan bahagia dengan sikap anda.

Dalam kes bermadu, walaupun anda tahu suami kawin lain, anggaplah dia keluar rumah anda dengan tugas dan tanggungjawabnya. Tidak perlu ambil tahu kesah madu anda, sudah makan ke sudah kenyang ke, dia bahagia ke, dan apa apa juga. Anda tidak perlu tahu semua itu. Maka dengan itu anda boleh beri perhatian kepada suami setiap kali dia berada di rumah. Suami bahagia dan anda pasti bahagia.

Tapi bayangkan kalau anda asyik ingatkan madu, sedikit sebanyak anda akan cemburu, pasti tidak bahagia lagi. Walhal, sebelum mengetahi dirinya dimadu, hidup bahagia macam dahulu.

Ada isteri dimadukan lebih 10 tahun tanpa mengetahui dia dimadukan hidup bahagia. Tetapi apabila dia tahu dimadukan, maka terus tercetus perang. Mengapa terjadi demikian?


No comments:

Post a Comment