Hari
Melawat Kubur atau Perayaan Qing Ming merupakan salah satu daripada 24 perayaan
yang bermula pada awal bulan tiga dalam kalendar lunar bagi kaum Cina. Jika
dipandang daripada suatu sudut terdapat persamaan sifat antara penyembahan
nenek moyang dengan penyembahan dewa-dewi.
Bagi masyarakat Cina tujuan menyembah nenek moyang pada Hari Melawat Kubur (Qing Ming), selain mengingati keluarga yang sudah meninggal dunia, adalah untuk meminta perlindungan daripada nenek moyang, supaya keluarga sihat, aman dan bahagia.
Selain itu, mengikut kepercayaan Cina masa untuk melawat tanah perkuburan pada Qing Ming mesti pada siang hari, semasa suasana tenaga positif masih kuat, supaya tidak diganggu oleh suasana tenaga negatif. Jikalau melawat tanah perkuburan pada waktu malam atau waktu senja, adalah dipercayai tindakan ini akan mengundang roh jahat bersama.
Perkara yang selalu diberi perhatian ketika perayaan ini, melawat kubur tidak sama dengan melancong. Sudah tentu semasa melancong, seseorang itu dibolehkan mengambil gambar sesuka hati.
Tetapi situasi ini tidak sama di tanah perkuburan, mereka percaya roh mempunyai elemen jisim, dan bagi roh yang mempunyai elemen jisim yang kuat, rupa mereka mungkin dapat ditangkap oleh kamera. Maka, gambar tersebut akan membawa bersama tenaga negatif (Yin), jika gambar tersebut dibawa balik ke rumah, tenaga ‘Yin’ juga akan dibawa balik bersama ke rumah.
Di dalam perayaan ini juga mereka membakar kertas sembahyang dan juga replika kertas. Setiap tahun upacara pembakaran replika kertas ini dilakukan di rumah dan juga di tanah perkuburan.
Kepercayaannya juga adalah sama agar berharap mendiang mendapat manaafat di alam neraka dengan mengguna pakai kereta, rumah, telefon pintar dan lain-lain untuk kegunaan mereka.
Kemudian baharulah mereka akan menyiram perkuburan keluarga mereka dengan air arak.
Sambutan Qing Ming diadakan pada hari ke-104 selepas solstis musim sejuk atau hari ke-15 selepas ekuinoks musim bunga. Ia lazimnya diadakan 5 April pada tahun biasa dan pada 4 April pada tahun lompat.
Hari Qing Ming merupakan cuti umum di negara China, Taiwan, Hong Kong dan Macau.
No comments:
Post a Comment