Thursday 13 May 2021

PAHALA BERPUASA SUNAT 6 HARI BULAN SYAWAL

Selain ibadat wajib, kita juga dituntut melakukan ibadat sunat. Jika puasa pada bulan Ramadan adalah diwajibkan, ada juga puasa sunat seperti puasa sunat enam hari pada bulan Syawal, puasa sunat Isnin, puasa sunat Khamis dan beberapa puasa sunat lain.

Puasa Ramadan selama sebulan (29 hari atau 30 hari) adalah madrasah atau pusat latihan membentuk takwa mematuhi perintah Allah.

Firman Allah SWT bermaksud: "Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur" (Surah al-Baqarah, ayat 185)

Umat Islam perlu berusaha meningkatkan amalan kebaikan setiap masa. Perkara baik yang telah dilakukan perlu dilipatgandakan agar lebih banyak ganjaran palaha diperoleh.

Firman Allah dalam surah as-Sharh ayat 7 yang bermaksud: "Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain)".

Jelas sekali Allah SWT menggalakkan agar setelah selesai melaksanakan satu amal soleh maka lakukanlah pula amal soleh yang berikutnya.

Oleh itu, setelah kita melakukan puasa fardu pada bulan Ramadhan, hendaklah kita menyempurnakannya pula dengan melakukan amalan puasa sunat sunat enam hari di bulan Syawal.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Barangsiapa yang berpuasa Ramadan kemudian diikuti berpuasa enam hari di bulan Syawal, maka dia beroleh ganjaran seperti berpuasa setahun” (Hadis riwayat Muslim)

Cara melakukan puasa ini ialah sebagaimana yang dikatakan oleh Imam Nawawi dalam Syarh Muslim: “Para ulama mazhab Syafie mengatakan bahawa paling afdhal (utama) melakukan melakukan puasa Syawal ialah secara berturut-turut (sehari) setelah Aidilfitri. Namun jika tidak berturutan atau diakhirkan hingga akhir Syawal maka seseorang tetap mendapat keutamaan puasa Syawal disebabkan sebelumnya telah melakukan puasa Ramadan”.

Puasa pada bulan Syawal juga boleh diniatkan bersama-sama dengan puasa ganti.

No comments:

Post a Comment