Monday 9 August 2021

UMNO diyakini wadah memperkasakan bangsa

Ketika UMNO dikatakan semakin tenat, ada pemimpin dari parti yang mendakwa kuat menyertai UMNO.

Sebenarnya itu bukti UMNO masih diyakini sebagai wadah perjuangan memperkasan agama, bangsa dan negara.

Inilah manifestasi tindakan Tan Sri Tengku Azlan Almarhum Sultan Abu Bakar mengumum peletakan jawatannya sebagai Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Temerloh serta merta dan kembali ke pangkuan UMNO.

Dalam sidang medianya hari ini, beliau turut menyerahkan borang permohonannya untuk menyertai UMNO melalui Bahagian Paya Besar kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Katanya, beliau membuat keputusan untuk memilih kembali ke pangkuan UMNO kerana yakin dan percaya UMNO merupakan sebuah parti yang menjadi tunjang kepada perjuangan orang Melayu dan Islam.

“Sebagai rakyat Malaysia kita semestinya mempertahankan Perlembagaan negara tanpa mengira fahaman politik.

“Kita seharusnya mendukung demokrasi berparlimen dan juga Raja Berperlembagaan berdasarkan yang telah termaktlub dalam Rukun Negara sesungguhnya Perlembagaan Negara adalah sebuah institusi tertinggi dalam negara kita,” katanya lagi.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin. 

No comments:

Post a Comment