Saturday 9 October 2021

PASAR GOK KAPOR KAMPUNG CINA

 
Nama Kampung Gok Kapor diambil sempena kegiatan pembuatan kapur (kapur makan) di kawasan berkenaan dari dahulu dan masih wujud sehingga sekarang.

Perkataan 'gok' adalah dapur atau relau untuk memanaskan kulit kerang yag dijadikan bahan asas untuk membuat kapur.

Kampung Gok Kapor juga dikenali dengan nama Kampung Cina. Ia merupakan antara kampung terawal penempatan orang Cina di Kelantan. Terdapat dua tokong Cina terkenal di kampung tersebut.

Di Kampung Gok Kapor terdapat pasar dikenali Pasar Gok Kapor. Pasar ini agak terkenal bagi mereka ingin mendapatkan ikan segar dan kuih muih tempatan, selain sayur dan buah-buahan.

Ia menjadi pasar petang bagi penduduk Kota Bharu kerana kedudukannya hanya kira-kira 2 kilometer dari pusat bandar.

Pasar ini beroperasi pada sebelah petang dari pukul 03.00 petang hingga 07.00 malam.

Gambar pintu memasuki Pasar Gok Kapor.

No comments:

Post a Comment