Tuesday 12 October 2021

AMAL SIKAP BERSYUKUR UNTUK BERJAYA

 
Mengapa Melayu miskin? Umum mengetahui kadar kemiskinan orang Melayu lebih tinggi berbanding bangsa lain di Malaysia. 

Antara punca Melayu miskin kerana kurang berusaha. Sebaliknya lebih mengharapkan bantuan kerajaan.  

Namun, peluang yang diberikan oleh kerajaan tidak pula dimanfaatkan sepenuhnya. Ramai yang menyalahgunakan bantuan yang disediakan oleh kerajaan.

Punca keduanya ialah tidak mengamalkan sikap bersyukur. Mereka selalu mempertikaikan bantuan yang diberikan. Sesungguhnya, sikap tidak bersyukur menyebabkan rasa tidak puashati sering timbul.

Sebab lain ialah sikap lebih banyak berpolitik berbanding bekerja. Bercakap mengenai politik dan ekonomi macamlah dia jaguh dan pakar, tetapi hasilnya tidak ada apa yang disumbangkan kepada negera. 

Orang Melayu perlu kepada transformasi minda untuk berjaya. Fikir secara matang dalam mendepani cabaran ekonomi. Tingkatkan usaha dan lebih bersikap berdikari untuk mencapai kemajuan diri dan bangsa.

Kita perlu ingat, kiraan tahap ekonomi berdasarkan purata pendapatan tidak membawa erti yang seperti yang diharapkan jika yang kaya tambah kaya dan yang miskin tambah miskin.  

Dalam statistik, puratan pendapatan meningkat, tetapi hakikat sebenarnya banyak keluarga menanggung kehidupan lebih susah. 

Ini berlaku disebabkan seluruh kekayaan rakyat Malaysia, termasuk yang terkaya, dibahagi purata dengan bilangan isi rumah atau individu. Jadi, angka yang digambarkan tidak mencerminkan realiti.

Sepatutnya Melayu lebih berdaya saing untuk merebut peluang yang disediakan kerajaan. Jangan habisakan masa bergaduh sesama sendiri. Tingkatkan keupayaan untuk menikmati kehidupan lebih baik.

Gambar buah nipah. Boleh dijadikan sumber pendapatan. 

No comments:

Post a Comment