Thursday 9 December 2021

SEBAB MULUT BERBAU BUSUK SELEPAS MAKAN JERING

Dari segi perubatan, biji jering mengandungi sejenis bahan alkoloid yang memberi rangsangan untuk membuang air kecil.

Bagi pesakit penyakit kencing manis, jering boleh menjadi penawar yang berkesan sekiranya diambil berterusan dengan kadar yang sedikit. Kerana kandungan sebatian alkoloid di dalam jering mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.

Jering dikelaskan sebagai racun serdahana kerana ia mempunyai asid yang menyebabkan keracunan. Ia menyebabkan "sakit mencucuk atau berdenyut-denyut, penyakit gout, salur kencing tersekat dan kegagalan renal akut.

Jadi, elak makan makan jering dalam kuantiti yang banyak, terutama mereka yang belum pernah mencubanya.

Kenapa jering berbau tidak menyenangkan? Seperti petai yang mempunyai bau yang kuat, penyebab bau itu sebenarnya adalah asid amino yang terkandung di dalam biji jering. Asid amino itu didominasi oleh asid amino yang mengandung unsur Sulfur (S).

No comments:

Post a Comment