Banyak cara serangan pemikiran
dilakukan puak kafir untuk menghilangkan jati diri orang Islam. Antara cara
jahat yagn dilakukan adalah menuduh Islam dan penganutnya sebagai
pengganas.
Pakar orentalis seringkali
mengaitkan Islam dengan keganasan dan peperangan. Mereka menuduh Islam
disebarkan melalui peperangan dengan mengambil sejarah sebagai bukti, kononnya
Nabi Muhammad SAW telah memimpin banyak peperangan untuk tujuan melebarkan
pengaruh Islam.
Dakwaan ini memang mudah diterima
oleh mereka yang cetak pemikiran kerana memang sejarah telah mencatatkan
Rasulullah SAW telah mengepalai 27 peperangan.
Namun, perlu dinyatakan bahawa
peperangan ini bukan atas kehendak Rasulullah SAW sebaliknya atas dasar
mempertahankan diri, membantu rakan yang mempunyai perjanjian bersama dan
kumpulan yang ingkar kepada perjanjian damai yang dimetrai, selain disebabkan
tidak dibenarkan untuk menyebarkan Islam di kawasan tertentu.
Atas alasan itu, pihak orentalis
pula menuduh sikap pihak tertentu dalam Islam yang melakukan perbuatan ekstrem
bahawa itu adalah ajaran Islam.
Tuduhan itu tidak berasas kerana
Islam lebih pentingkan keamanan dan kesejahteraan. Islam tidak menyokong
sebarang bentuk kekerasan.
Islam lebih mementingkan gerakan
kesederhanaan atau wasattiyah.
Barat tidak menyedari bahawa apa
yang dilakukan oleh kumpulan ekstrem itu sebenarnya berpunca sikap sesetengah
pihak yang menindas dan memusuhi Islam.
Pun begitu, walaupun apa alasanya,
Islam tidak membenarkan keganasan dilakukan terutama melibatkan golongan
kanak-kanak, perempuan dan mereka yang tidak berdaya.
Label sebagai pengganas telah
menyebabkan umat Islam dipandang seorang. Apa saja tindakan umat Islam
dicurigai oleh rakyat dan negara bukan Islam.
Macam-macam sekatan dan ancaman
dilakukan terhadap orang Islam. Perbuatan itu sebenarnya salah satu tindakan
terancam untuk terus mengenakan tekanan kepada orang Islam yang dilihat semakin
mengancam kedudukan mereka.
Keadaan itu sekaligus memberi
tekanan besar kepada umat Islam dan sekaligus memusnahkan potensi umat Islam
untuk terus mendapat hak di negara bukan Islam.
Semakin teruk apabila terdapat
individu Islam yang bertindak di luar batasan undang-undang disebabkan tidak
tahan dengan tekanan yang diterima itu dengan melakukan perkara yang nyata salahnya.
Tindakan seumpama itu dijadikan
bukti oleh bukan Islam bahawa benarlah orang Islam layak dipanggil sebagai
ekstrem. Inilah situasi yang berlaku apabila umat Islam bangkit membantah
ketidakadilan layanan yang diterima oleh mereka di beberapa buah negara Eropah.
No comments:
Post a Comment