Thursday 14 July 2022

MINYAK PATI CEKUR BANYAK KEGUNAAN

 
Cekur merupakan herba dalam keluarga yang sama dengan halia. Cekur juga dikenali dengan nama kencur, cekor, chekur, cengkur dan cekur daun panjang. 

Khasiat cekur telah lama dimanfaatkan dalam masyarakat Melayu. Ia tumbuh di sekitar kawasan rumah atau ditanam untuk mendapat hasil lebih banyak. Sekarang ini cekur telah digunakan dalam pelbagai produk kesihatan yang menggunakan teknologi moden. Ia lebih mudah diambil dan diamalkan apabila diperlukan.

Antara khasiat cekur adalah seperti berikut:
- Tonik lepas bersalin, bagi mengecutkan rahim.
- Menyembuhkan kembung perut
- Melegakan perut memulas
- Mengurangkan bengkak.
- Melancarkan haid.
- Melegakan batuk.
- Sakit urat saraf
- Senak perut
- Buang angin
- Sakit sendi.
- Muntah

Pokok cekur terdiri daripada dua hingga lima helai daun yang tebal berbentuk bujur telur dan bunganya berwarna putih keunguan. Cekur boleh membiak melalui isinya atau rizom. Tempoh matang rizom cekur adalah di antara 8 hingga 10 bulan selepas ditanam.

Rizom atau umbisi cekur mempunyai aroma yang agak lembut. Daun cekur digunakan sebagai ulam dan ramuan dalam penyediaan nasi ulam dan hidangan lain.

Rizom cekur mengandungi sebatian minyak pati sineol, borneol, kamphere, asid sinamik dan beberapa sebatian pati minyak yang lain.

No comments:

Post a Comment