Tuesday 5 July 2022

PCAK bersama asnaf di Bechah Keranji

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan (PCAK) meluangkan masa bersama asnaf di Kampung Bechah Keranji, Peringat. Segalanya berjalan lancar dan mesra. Bertanya khabar dan mengumpul maklumat mengenai asnaf. Dengan data dan maklumat baharu, ada pertambahan sumbangan pada siri akan datang.

Sebelum ini PCAK pernah ke lokasi ini. Pernah serahkan sumbangan kepada asnaf di kawasan sekitar.

Kali ini datang lagi bersama sedikit sumbangan. Tidak besar nilainya bagi orang berada, tetapi satu rahmat besar kepada penerimanya. Ada riak wajah gambira dan bersyukur di kalangan penerima.

PCAK merupakan NGO kebajikan yang berusaha membantu golongan asnaf. PCAK memerlukan lebih banyak sumbangan daripada orang ramai agar lebih banyak lagi asnaf dapat dibantu.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pengerusi Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan, Fazliyaton Daud di talian 011-1941-3639.

Pihak yang ingin menyumbang boleh dilakukan melalui akaun bank: 100-5055-000000-084 (MBSB). 

Pertubuhan Cakna Asnaf Kelantan adalah pertubuhan berdaftar. Nombor pertubuhan: PPM-006-03-30032021 







No comments:

Post a Comment