Monday 27 June 2022

KEJAYAAN SUAMI HASIL SOKONGAN ISTERI

 
Kejayaan suami dalam kerjaya atau apa sahaja yang dilakukan sedikit sebanyak adalah hasil sokongan dan doa dari isteri.

Sebab itu, dalam meraikan kejayaan kenaikan pangkat anggota tentera, isteri dijemput sama untuk memaikan pangkat di uniform suami. Secara tradisinya dalam tentera, pemakian pangkat diadakan majlis khusus yang diadakan di dalam pejabat, dewan ataupun di padang kawad.

Pemakaian pangkat dilakukan dengan pegawai atasan akan memakaikan simbol pangkat di lengan atau di atas bahu (mengikut kategori pangkat) di sebelah kanan, manakala isteri pula di sebelah kiri.

Kehadiran isteri dalam majlis penyempurnaan pemakaian pangkat tersebut adalah simbolik bahawa kejayaan suami adalah juga hasil sokongan dan pengorbanan isteri.

Catatan tambahan:
Ungkapan “rezeki suami atau lelaki datang dari reda isteri” tidak tepat dan boleh membawa salah faham jika tidak diperjelaskan dengan betul. Dari satu sudut, tidak dapat dinafikan bahawa pertambahan rezeki seseorang itu juga bergantung kepada hubungannya sesama manusia khususnya ahli keluarga.

Berlaku baik dengan ahli keluarga termasuk juga isteri adalah antara sebab rezeki diluaskan oleh Allah SWT. Ini yang disebutkan sebagai sebab dan musabbab. Ia juga sebagai satu motivasi agar para suami tidak mengambil ringan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Adapun rezeki suami atau lelaki bukanlah terletak pada reda isteri atau wanita secara langsung, namun ia berkait rapat dengan aspek menjaga silaturrahim dengan ahli keluarga atau ketaatan kepada ibu dalam perkara yang dibenarkan oleh syarak sebagai antara asbab keberkatan dan punca turunnya rezeki daripada Allah SWT seperti mana yang disebut di dalam hadis yang sahih.

No comments:

Post a Comment