Setiap
Muslim mesti mempercayai bahawa manusia pertama dicipta ialah Nabi Adam.
Manusia bukan terhasil melalui proses evolusi daripada makhluk lain yang
bertukar menjadi manusia seperti sekarang.
Adam
dicipta daripada tanah liat sepertimana firman Allah dalam surah al-Hijr, ayat
26 bermaksud: “Kami telah menjadikan manusia itu daripada tanah liat hitam
kering, daripada tanah hitam yang berubah baunya.”
Manakala
sabda Rasulullah pula bermaksud: “Kamu semua adalah daripada anak-anak Adam dan
Adam daripada tanah. Manusia itu dari anak-anak Adam dan Allah mencipta
Adam daripada tanah.” (Hadis riwayat Abu Daud).
Penciptaan
Adam dalam keadaan sempurna, yang menjadi bapa kepada seluruh manusia dari mula
hinggalah ke hari kiamat. Adam dilantik sebagai khalifah di muka bumi dan
nabi pertama yang mampu menguruskan kehidupan dan menimba ilmu
pengetahuan.
Allah
membezakan penciptaan manusia berbanding makhluk lain. Manusia diciptakan
dengan kelebihan akal dan nafsu.
Firman
Allah bermaksud: “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk
sebaik-baiknya.” (Surah at-Tin, ayat 4).
Oleh
itu tidak tepat jika mempercayai bahawa teori evolusi mengenai asal kejadian
manusia. Pembuktian dalam hal-hal lain berkaitan evolusi tidak boleh
dijadikan bukti tentang asal kejadian manusia.
Teori
evolusi menggambarkan bahawa kejadian manusia berasal daripada beruk atau kera
besar. Ketika melalui evolusi sebagai manusia purba, peradababan hidup
manusia didakwa belum sempurna. Hidup secara rakus ala alam haiwan,
terikut-ikut cara hidup sebelum itu.
Berdasarkan
kepada teori evolusi, jika Adam dianggap manusia pertama yang sempurna,
maknanya Adam dilahirkan oleh generasi beruk sebelum itu. Ini jauh sekali
daripada apa yang telah dijelaskan oleh Allah bahawa Adam (manusia) dicipta
daripada tanah.
Kadar
evolusi manusia juga didakwa berbeza-beza mengikut keturunan berdasarkan warna
kulit. Menurut fahaman Darwinisme (kepercayaan terhadap teori evolusi),
bangsa kulit putih lebih tinggi dari segi evolusinya daripada orang berkulit
hitam.
Inilah
sebab dijadikan alasan mengapa kaum kulit putih lebih ke hadapan cara pemikiran
dan gaya hidup berbanding kaum kulit hitam. Contohnya, bangsa yang kulitnya
hitam pekat, dianggap lebih dekat dengan keturunan orang hutan.
Fahaman
inilah sedikit sebanyak mempengaruhi orang kulit putih menjadikan orang kulit
hitam sebagai hamba abdi. Mereka merasakan lebih mulia berbanding orang kulit
hitam. Dalam keadaan lebih hina, orang kulit putih mendakwa orang kulit hitam
masih layak dilayan seperti haiwan kerana belum berevolusi sepenuhnya menjadi
manusia yang sempurna.
Sedangkan
sebenarnya, Allah mencipta manusia berlainan bangsa dan warna kulit adalah untuk
manusia saling kenal mengenali dan berkasih sayang. Manakala penilaian Allah
terhadap manusia adalah berdasarkan kepada takwa.
Teori
evolusi asalnya turut menyandarkan kepada alasan bahawa perbezaan genetik amat
kecil antara manusia dan cimpanzi. Cimpanzi dianggap keturunan beruk yang
memasuki evolusi terakhir sebelum memasuki fasa manusia purba. Penyokong teori
evolusi mendakwa 99 peratus genetik manusia menyamai genetik cimpanzi.
Teori
evolusi berasaskan genetik ini pada mulanya sukar dipatahkan oleh orang Islam
memandangkan sainstis Islam tidak mempunyai kemahiran tinggi tentang genetik
biarpun ilmu genetik mulanya diasaskan oleh orang Islam. Pun hakikatnya, orang
Islam tidak pernah dipesong oleh teori evolusi, melainkan sedikit bilangannya
disebabkan kelemahan iman.
Perbohongan
kaitan genetik terbongkar apabila sainstis Islam yang membuat kajian mengenai
genetik untuk menyokong teori evolusi menemui sebaliknya. Persamaan antara
manusia dan cimpanzi dari segi genetik sebenarnya hanya sekitar 95 peratus.
Kita
menanti-nanti lahir sainstis Islam yang dapat menyangkal sepanuhnya teori
evolusi. Sekarang ini kita menggunakan ujikaji dijalankan sainstis bukan
Islam. Mungkin ada sesuatu yang mereka rahsiakan.
Menurut
apa difirmankan Allah dalam al-Quran, terdapat empat cara manusia
dicipta. Selain Adam dicipta daripada tanah, Hawa pula dicipta daripada
tulang rusuk Adam. Nabi Isa dilahirkan tanpa bapa. Sedangkan manusia
lain dicipta melalui proses biasa memerlukan cantuman mani dalam rahim.
Individu
Muslim tidak boleh sama sekali menerima pakai teori evolusi tentang kejadian
manusia kerana dalam al-Quran telah menjelaskan keturunan manusia berasal
daripada Adam. Kandungan al-Quran tidak harus diragui. Mempercayai kepada
al-Quran (percaya kepada kitab-kitab) adalah termasuk Rukun Iman.
Allah
tidak melarang kita mengkaji tentang kejadian alam. Diharapkan kajian yang
dilakukan akan memperkuatkan tanda keimanan dan mengakui kebesaran Allah. Semakin
banyak yang dikaji, semakin menemukan kehebatan ciptaan Allah.
Malangnya,
bagi pengkaji kafir, semakin banyak dikaji, semakin terasa keangkuhan. Mereka
bukan tidak menemui kebenaran dalam kajian, tetapi sengaja memesongkan ilmu
yang diperoleh. Pengkaji kafir sengaja menafikan kebenaran kandungan
al-Quran yang telah banyak menyebut mengenai kejadian alam.
Hampir
semua tokoh komunis dan pengikutnya mempercayai mengenai teori evolusi kejadian
manusia. Ini bersesuaian dengan keyakinan mereka bahawa tidak ada pencipta
manusia. Alam ini terjadi sendiri melalui proses evolusi sejak beribu
jutaan tahun lalu. Fahaman komunis menolak kenyataan adanya Maha Pencipta
alam ini.
Proses
evolusi mungkin sesuai untuk membincangkan tentang kejadian makhluk lain. Itupun
hanya satu andaian. Hanya Allah mengetahui tentang kejadian alam ini dan
seluruh isinya, bermula ia dicipta dan apa yang akan berlaku seterusnya.
No comments:
Post a Comment