Friday 22 July 2022

LONG YUNUS SATUKAN SELURUH KELANTAN

 
Long Yunus bin Long Sulaiman dianggap sebagai Raja Kelantan pertama yang menyatukan keseluruhan negeri Kelantan seperti sekarang. Baginda mula menaiki takhta pada tahun 1765 dan memerintah sehingga tahun 1794.

Long Yunus turut serta dalam rombongan Long Gaffar ke Terengganu. Semasa di Terengganu Long Yunus telah dikahwinkan dengan Tuan Chik Jumat, Chik Puan Balai Dua, anak perermpuan Engku Tenang Wangsa Terengganu.

Long Yunus mempunyai 7 orang putera dan 5 puteri iaitu Long Muhammad (Sultan Muhammad I) yang mandul, Long Tan (Tengku Temenggong Aria Pahlawan), Long Jenal, Long Ismail, Long Muda, Long Yusof, Long Pandak, Che’ Ku Penambang, Che’ Ku Tuan Nawi (Che’ Ku Wan Teh), Che’ Ku Telur, Che’ Ku Tuan Naman dan Che’ Ku Che’ Wok.

Apabila baginda mangkat, menantunya Tengku Muhammad ditabal menaiki takhta Kelantan oleh Sultan Mansur Terengganu dengan gelaran Yang Di-Pertuan Muda Kelantan pada tahun 1795.

Ini menyebabkan rasa tidak puas hati oleh putera-putera Long Yunus yang akhirnya mencetuskan perang saudara. Tengku Muhammad dan dan angkatan Terengganu berjaya dikalahkan oleh Long Muhammad pada tahun 1800.

Long Yunus dimakamkan di Makam Diraja Langgar, Kota Bharu. Makam Diraja Langgar terletak bersebelahan Masjid Langgar di Jalan Langgar, dalam mukim Langgar, dalam jajahan Kota Bharu, Kelantan. Di makam ini dimakamkan kerabat diraja Kelantan.

Makam Diraja Langgar dikatakan telah dijadikan pemakaman raja-raja pemerintah Kelantan dan kerabat diraja sejak tahun 1794 atau lebih awal daripada itu.

Raja Kelantan pertama dimakamkan di situ ialah Long Yunus Long Sulaiman. Long Yunus dianggap sebagai Raja Kelantan moden pertama yang mana baginda berjaya menyatukan keseluruhan negeri Kelantan seperti sekarang. Baginda dikatakan mula menaiki takhta pada tahun 1762 dan memerintah sehingga tahun 1794.

Sejak dari itu, Makam Diraja Langgar dijadikan makam diraja pemerintah Kelantan dan kerabat diraja.

Sultan Pemerintah Kelantan terakhir (sehingga kini) dimakamkan di Makam Diraja Langgar ialah Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra yang mangkat pada 28 September 2019. Baginda adalah Sultan Kelantan yang menaiki takhta pada 30 Mac 1979 sehingga 13 September 2010.

No comments:

Post a Comment