Thursday, 30 March 2023

SEJARAH HIV AIDS

 
Human immunodeficiency virus (HIV) mula dikesan pada tahun 1981, melibatkan dua tempat iaitu di San Francisco dan satu lagi di New York. Pada tahun tersebut banyak golongan homoseksual atau gay mendapat jangkitan yang sering dikaitkan dengan tahap imunisasi yang lemah.
 
Virus HIV ini pun tidak dapat dikenal pasti sehingga 2 tahun selepas itu. Pada masa itu banyak sebab yang difikirkan selain HIV seperti faktor gaya hidup, penyalahgunaan dadah yang kronik dan juga agen-agen jangkitan yang lain.
 
Pada masa tersebut virus HIV merebak dengan sangat pantas tanpa diketahui dan tiada kajian mengenainya. Walaubagaimana pun implikasi klinikal yang jelas sudah berlaku sebelum masyarakat menyedarinya sebagai contoh sebelum menyedari wujudnya HIV hanya satu sahaja kes Pneumocystitis pneumonia yang tidak berkaitan dengan lemah imunisasi di Amerika Syarikat antara Januari 1976 dan Jun 1980. Dalam masa beberapa tahun sahaja, HIV merebak dengan sangat pantas.
 
HIV merupakan virus yang boleh dijangkiti melalui darah dan juga hubungan seks. Biasanya virus ini merebak melalui hubungan seks dan juga perkongsian jarum. Tidak lupa juga virus HIV boleh berjangkit melalui ibu kepada anak semasa dalam proses kelahiran.
 
Ada dua species HIV iaitu HIV-1 dan juga HIV-2. Setiap satu mempunyai jenis-jenis yang lain lagi. Dan dalam jenis-jenis ini ia juga berbeza mengikut negara-negara maka agak sukar untuk mencipta vaksin HIV.
 
Antara HIV-1 dan juga HIV-2 bentuk luarannya lebih kurang sama tetapi cara kerjanya yang berbeza. HIV-2 implikasinya kurang dan bertindak dengan lambat kerana ia tidak agresif seperti HIV-1. Sebab itu anda boleh dengar ada yang hidup berpuluh tahun kerana berkemungkinan orang tersebut menghidapi serangan virus HIV-2. 
 
Disebabkan stigma HIV yang sering dikaitkan dengan hubungan seks jadi orang ramai takut untuk memeriksa sama ada mereka mengalami jangkitan tersebut atau tidak. Lagi-lagi apabila baru-baru ini orang ramai digalakkan untuk pergi ujian saringan sebelum berkahwin sama ada mereka dijangkit HIV atau tidak dan stigma ini menyebabkan banyak implikasi-implikasi yang tidak diingini.
 
Ada yang fikir hanya dengan sentuhan biasa mereka boleh dijangkiti HIV walhal tidak langsung! Golongan ini dipinggirkan dan dipandang hina oleh masyarakat. Ini menyebabkan mereka merasa tersisih dan mula menjauhi diri daripada masyarakat.
 
Kadang-kadang politik juga memberi kesan yang buruk kerana menafikan bahawa negara mereka mengalami epidemik HIV. Seperti Afrika Selatan, mereka tidak menafikan yang AIDS itu adalah masalah yang besar.
 
Biasanya pesakit-pesakit ini mengaku yang mereka ini aktif dalam melakukan hubungan seks dengan banyak pasangan. Dan mereka tidak menafikan melakukan seks anal di mana jangkitan HIV melalui anal atau punggung lapan kali ganda risiko untuk merebak. Biasanya mereka melakukan seks tanpa menggunakan kondom.
 
Sebelum mendapat HIV mereka mungkin biasa mengalami penyakit melalui aktiviti seksual seperi Gonorrhea, Syphilis, Chlamidia dan Herpes.
 
Perkongsian jarum juga amat mudah dijangkiti, orang yang selalu hisap dadah di lorong-lorong. Mereka ini biasanya manalah ada duit makanya mereka terpaksa berkongsi jarum dengan rakan-rakan yang lain. Sekiranya rakan tersebut mempunyai jangkitan HIV, semudah itu mereka juga akan turut dijangkiti.
 
Menerima darah daripada pesakit HIV, ia juga boleh berlaku walaupun peratusan di negara kita agak kecil. Apabila penderma darah mempunyai sejarah HIV dan darah tersebut tidak disaring melalui sistem yang betul, maka penerima darah tersebut juga berpotensi mendapat jangkitan HIV.
 
Jangkitan HIV juga boleh berlaku dari ibu ke anak. Cara untuk mengelakkan jangkitan ini berlaku kepada anak semasa kelahiran apabila ibu sudah didiagnos mendapat HIV ialah dengan melakukan kaedah Caesarian dalam proses kelahiran ataupun memberi terapi antivirus semasa dalam kandungan kepada ibu dan terapi antivirus kepada bayi yang baharu sahaja dilahirkan.
 
Apabila mereka dijangkiti dengan virus HIV tahap imunisasi mereka akan menjadi sangat lemah dan ia akan menyebabkan berlakunya penyakit AIDS (Acquired Immunodefeciency Syndrome).
 
Imunisasi bertindak sebagai pertahanan yang melindungi badan kita dari serangan jangkitan. Sekiranya imunisasi kita lemah, badan kita diibaratkan negara yang tidak mempunyai pertahanan yang kuat dan mudah diserang oleh anasir-anasir luar akibat kepincangan negara itu sendiri kerana sering melakukan kerosakan.
 
Sama juga seperti tubuh badan kita, apabila tahap imunisasi menjadi lemah, kita akan terdedah kepada jangkitan dan tidak mampu melawannya.
 
Kerana itu mencegah lebih baik daripada merawati, cegah melakukan seks sebelum kahwin yang sememangnya amat ditegah dalam Islam. Inikan pula seks dengan lebih daripada seorang.
 
Sekiranya bukan Islam, pakai kondom ketika melakukan seks dan jangan sekali-kali babitkan diri anda dengan dadah. Apabila anda terkena penyakit AIDS dan sudah berkahwin, anda menghancurkan kehidupan isteri dan anak-anak, dan juga hidup anda sendiri.

No comments:

Post a Comment