Kibas adalah sejenis kambing biri-biri di negara
Arab dan juga kawasan padang pasir. Di Australia yang terdapat padang pasir
atau gurun juga banyak diternak kibas. Namun begitu, kibas juga sebenarnya
sesuai diternak di kawasan beriklim tropika seperti di negara Malaysia.
Secara
sekilas pandang, kibas atau juga dipanggil domba hampir sama dengan kambing dan
biri-biri. Perbezaan ketara ialah kibas mempunyai ekor
agak besar berbanding biri-biri dan kambing. Bulu kibas lebih halus. Kibas ada yang bertanduk dan tidak bertanduk.
Kibas sebenarnya mudah diternak dan tidak
cerewet dalam penjagaannya selain tidak memilih makanan. Kibas makan rumput dan
daun. Kibas juga cepat membiak, cepat membesar dan mempunyai antibodi yang kuat
atau jarang sakit.
Keistimewaan daging kibas adalah berkhasiat
tinggi. Urat dagingnya lebih halus dan lembut.
Amalan makan daging kibas dapat menambah
kuantiti darah, membaik pulih sistem pencernaan, memanaskan tubuh ketika cuaca
dingin, memantapkan sistem tubuh badan dan memperkuatkan daya ingatan dan
lain-lain kebaikan.
Bezanya kibas dengan bebiri yang lain ialah lemak di dalam badannya terkumpul di bahagian ekornya. Ini menjadikan ekor kibas kembang dan tebal seperti kelopak bunga.
Gambar - Kibas
No comments:
Post a Comment