Nur Afiqah Binti Zulkifli dilantik sebagai
Ketua Penerangan Pergerakan Puteri Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan untuk
Penggal 2023-2026.
Afiqah yang juga Ketua Pergerakan Puteri
UMNO Bahagian Kota Bharu diberi kepercayaan menjawat tugas tersebut dalam
barisan kepimpinan Pergerakan Puteri Badan Perhubungan UMNO Negeri Kelantan
yang dipimpin oleh Engku Julani Engku Mokhtar.
Afiqah mengakui tanggungjawab yang diamanah
itu amat berat, tetapi berjanji untuk melaksanakan ia dengan penuh dedikasi dan
berharap akan mendapat tunjuk ajar daripada mereka yang arif mengenainya.
Tambahnya, jawatan itu bukan untuk
dibanggakan, tetapi satu tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan semangat
cekal, jujur dan bersedia mempelajari sesuatu yang perlu dikuasai untuk
melancarkan gerak kerja penerangan.
Beliau mengakui gerak kerja penerangan satu
perkara yang penting dalam jentera parti, Justeru banyak perkara perlu
dilakukan dengan penuh berstrategi dan menepati sasaran dalam menyampaikan
sesuatu maklumat yang berfakta dan tepat.
Dalam era ledakan teknologi maklumat hari
ini, semua tindakan perlu pantas, tepat dan berintergriti.
No comments:
Post a Comment