Dalam kehidupan kita yang bernegara, tentu
sekali kita ada banyak sijil. Sijil mula-mula ialah sijil kelahiran atau
sekarang ini dikenali MyKID. Selepas itu macam-macam lagi sijil atau kad
pengesahan akan diperoleh seperti sijil atau kad rawatan kanak-kanak yang
mencatatkan berkaitan suntikan vaksin.
Kita tidak diterima sebagai warganegara
jika tidak memiliki kad pengenalan warganegara. Kita tidak benarkan memandu
kenderaan jika tidak memiliki sijil atau lesen memandu.
Sepanjang kehidupan kita akan ada
berpuluh-puluh atau mungkin lebih 1000 sijil diterima. Semua itu menjadi
kebanggaan dan pengesahan kepada sesuatu yang dilalui. Ia juga berkaitan
pencapaian yang diterima seperti kelulusan akademik dan kemahiran profesional.
Dengan kata lain, kehidupan kita “ditentukan”
oleh sijil yang dimiliki atau dikeluarkan atas nama kita. Kita simpan, guna dan
sebagainya sijil-sijil itu dalam kehidupan kita.
Namun, ada satu sijil yang ditulis nama
kita yang kita tidak berpeluang untuk melihatnya, apa lagi hendak menggunakan. Sijil
itu amat penting, tetapi ia digunakan oleh orang lain, terutama ahli keluarga.
Sijil itu ialah SIJIL KEMATIAN.
No comments:
Post a Comment