Monday, 20 March 2023

RAHMAT DI SEBALIK PENANGGUHAN PENERBANGAN

 
Tentu sekali kes penagguhan penerbangan atau kelewatan penerbangan (fligh delay) tidak disukai penumpang dan sesiapa yang mempunyai kaitan dengan penerbangan tersebut. Banyak kesusahan dan kerugian ditanggung penumpang akibat penangguhan penerbangan.
 
Namum, dalam keadaan tertentu, kelewatan penerbangan menjadi satu rahmat dan keuntungan. Baca perkongsian Mohd Azmi Ismail di FBnya.
 
Terima kasih kapal terbang kerana tunggu Hana 4 jam. Detik pengalaman yang miracle.
Mulanya kami dah check in awal lagi pukul  5.30 pagi untuk flight pukul 7.20 berlepas ke Kota Kinabalu.

Tapi itulah, kita merancang Allah yang menentukan. Di check point polis airport, Hana tak lepas, tak dihenarkan ke Sabah kerana dokumen pengenalan tak sah!
 
Adus...silap saya sebab tak perasan surat beranak yang dalam sampul plastik tu photostat cantik je. Macam ori.
 
Pukul 7.20 pagi, yang lainnya semua seramai lebih daripada 20 orang dah masuk flight, saya dan Hana yg menangis sedih tak dapat ke majlis kahwin dan kenduri abangya Amirul Azam di Tawau.
 
Cadangan asalnya nak settlekan surat beranak ni hari ni jugak dan beli tiket lain sebelah petang atau malam ni atau esok. Biarlah burn RM1200 harga tiket baru asalkan misi tercapai.
 
Sementara menunggu adik ipar dari Dengkil datang iemput balik ke rumahnya, saya dapat tahu flight delay.
 
Insya-Allah peluang Hana ada lagi. Tapi delay lama mana?
 
Ringkas cerita, saya ajak adik ipar bergegas ke Jabatan Pendaftran Negara di Sepang untuk buat salinan surat beranak yang baru.
 
Pukul 8.30 pagi sampai di JPN Sepang. Nasib baik ada 3 org saja. 10 minit siap!
 
Mama Hana, Norsafarina call bagitahu flight delay sehingga yang dah in board kena keluar semula. Malah pihak penerbangan akan sediakan makanan kerana delay. Mungkin Hana ada peluang lagi.
 
Adik ipar pecut ke KLIA semula macam F1..haha..maaf abang polis.
 
Pukul 9.15 papa dan Hana berlari pecut macam Watson Nyambek ke check point polis tadi, dan lepas! Polis pun pelik, flight 7.20, pukul 9.15 pun boleh ada peluang lagi dengan bawa surat beranak ori panas-panas baru print di pejabat JPN.
 
Ketibaan Hana disambut dengan tepukan dan tangisan gembira dari ahli rombongan.
 
"Ini delay sebab nak tunggu Hana lah ni.." .kata Mak Tam dia.
 
Lepas Hana sampai, delay sejam juga lagi. Dekat pukul 10.55, baru dapat inboard flight.

Alhamdulillah, Allah bagi makbul doa Hana nak ke Sabah walaupun nampak tak logik. Dengan ini Hana janji nak puasa sehari. Puasa kesyukuran.

No comments:

Post a Comment