Ada seorang pelancong Arab baru tiba di
Kelantan. Dia menaiki kereta sewa dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra
untuk ke Pantai Bisikan Bayu di Pasir Puteh.
Sebaik kereta sewa dinaikinya keluar dari
kawasan lapangan terbang, tiba-tiba sebuah kereta ekzos bising memecut dari
belakang memotong kereta sewa yang dinaiki si Arab itu. Terkejut Pak Arab dan
dia berteriak : "ustahiad...! ustahiad...!"
Tidak lama kemudian ada lagi kereta sport
tersangat laju memotong mereka, si Arab berteriak lagi:"ishtibustim....!
Isthibustim...!".
Kehairanan pemandu kereta sewa dengan
bahasa si Arab itu.Tapi dia tidak mahu bertanya dan meneruskan perjalanan.
Tidak semena-mena, ada pula satu kereta
canggih memotong, pak Arab teriak lagi: "..aik..!".
Makin bertambah hairan tu si pemandu kereta
sewa itu.
Tidak lama kemudian sebuah lagi kereta yang
atapnya bole terbuka (convertible), si Arab teriak
lagi. "adzam.......adzam...".
Menggaru kepala si pemandu kereta sewa.
Kemudian, sebuah kereta sedan kecil pula
muncul dari arah kiri, mengucap si Arab: "Ya Allah, Ikuzus..., Ikuzus
....!"
Tiba-tiba sebuah kereta mewah memotong lagi
kuat si Arab teriak: "irraref... , irraref...!!!"
Setelah itu, suasana kembali sepi. Si pemandu
pula berfikir .... fikir..... fikir lagi............ fikiiiiiir... fikir
terusss.. ....
Akhirnya si pemandu kereta sewa tidak puas
hati. Lalu bertanya kepada si Arab: "Tuan, ente dari daerah Arab sebelah
mana? Tidak pernah ana dengar loghat Arab ente..!??"
Pelancong Arab jawab: "Ana
memang asal kota Arab lah. Tadi tu ana baca tulisan di belakang kereta-kereta
yang memotong!!. Di Arab, ana baca dari kanan ke kiri.
Pemandu kereta sewa:
"..Haaaaah.....!!?"
Gerenti korang scroll balik nak tengokkan?
Apa laa yang dibaca oleh si Arab tadi?
No comments:
Post a Comment